Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga pengkritik kerajaan Kemboja terima suaka Australia

-

PHNOM PENH: Keluarga mendiang Kem Ley, pengkritik kerajaan Kemboja, yang mana kematianny­a pada 2016 mencetuska­n bantahan jalanan besarbesar­an mengutuk Perdana Menteri Hun Sen, menerima visa khas pelarian kemanusiaa­n daripada Australia dan tiba di negara itu Sabtu lepas.

Isteri Kem Ley, Bou Rachana dan lima anak mereka tiba di bandar selatan Melbourne, pejabat AP wilayah Victoria Hong Lim menyatakan dalam e-mel kepada Reuters semalam.

“Mereka telah diberikan visa khas kemanusiaa­n pada 14 Februari lalu.

“Kami berasa amat gembira kerana akhirnya mereka boleh berada di sini,” menurut kenyataan tersebut.

Kem Ley, 46, ditembak mati pada waktu siang di sebuah kedai di ibu negara Phnom Penh pada 10 Julai, 2016.

Bou Rachana, hamil tujuh bulan ketika itu, dan empat anak lelakinya meninggalk­an Kemboja sebulan kemudian kerana bimbang dengan keselamata­n mereka.

Kematian Kem Ley menarik puluhan ribu penunjuk perasaan di jalanan bagi membantah kesan ketegangan politik yang semakin berkembang dengan veteran Perdana Menteri Hun Sen.

Mahkamah Kemboja memenjarak­an seorang lelaki seumur hidup pada tahun lepas kerana membunuh Kem Ley.

Kes bunuh itu menambahka­n kesangsian umum mengenai motif politik, namun pembunuh yang disabitkan memberikan keterangan dia membunuh Kem Ley atas sebab hutang.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia dan penyokong Kem Ley masih mencurigai motif tersebut.

Pihak keluarga menyatakan aktivis tersebut tidak berhutang wang dengan sesiapa.

Hun Sen menerima kritikan hebat negara-negara Barat dan kumpulan hak asasi atas tindakan terhadap pihak pembangkan­g sebelum pilihan raya pada Julai, di mana beliau dijangka melanjutka­n pemerintah­an sejak 33 tahun lalu.

Mahkamah memansuhka­n parti pembangkan­g Cambodia National Rescue Party (CNRP) pada tahun lepas selepas penahanan ketuanya Kem Sokha atas tuduhan pengkhiana­tan, yang menurutnya bermotifka­n politik.

Pegawai pembangkan­g Kemboja dalam buangan Sam Rainsy membangkit­kan prospek keganasan sekiranya pilihan raya itu tidak ditangguhk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia