Utusan Borneo (Sarawak)

Fosil, relik Maya dalam gua bawah air di Mexico

-

KOTA MEXICO: Pakar arkeologi yang menerokai gua bawah air terbesar di dunia yang dijumpai baru-baru ini di Mexico, mengemukak­an penemuan mereka kelmarin, termasuk fosil sloth gergasi dan sebuah tempat suci dewa Maya.

Penyelidik mendapati pada bulan lepas bahawa dua jaringan gua bawah air yang besar di semenanjun­g Yucatan yang dinamakan jaringan Sac Actum dan jaringan Dos Ojos, sebenarnya saling berkaitan, sekali gus membentuk struktur terbesar seumpamany­a di Bumi.

Menyelam dengan peralatan skuba, mereka menerokai relik purba yang tertinggal di dalam gua-gua tersebut selama beberapa alaf, dalam projek yang ditaja Institut Antropolog­i dan Sejarah (INAH) Negara Mexico.

Penyelidik percaya paras air dalam gua-gua itu tidak menentu namun menjadi sumber air waktu kemarau buruk meskipun keadaannya berbahaya.

Beberapa haiwan dan manusia yang masuk ke dalamnya tidak pernah keluar lagi.

Kini tulang temulang tersebut menjadi khazanah bagi saintis, yang menyusun semula cebisan sejarah gua itu yang bermula daripada Zaman Pleistocen­e (2.6 juta hingga 11,700 tahun lalu).

Fosil haiwan itu termasuk ‘gomphother’, haiwan seperti gajah yang sudah pupus, selain beruang dan sloth gergasi, kata pakar arkeologi pada satu sidang akhbar.

Selain itu, terdapat juga artifak yang ditinggalk­an di dalamnya oleh manusia seperti tulang manusia terbakar, seramik, goresan dinding dan lain-lain.

“Tidak mungkin ada tapak lain di dunia dengan ciri-ciri ini.

“Terdapat artifak arkeologi yang begitu banyak di dalamnya dan tahap pemelihara­an juga mengagumka­n,” kata pakar arkeologi bawah air Guillermo de Anda.

Relik termasuk sebuah tempat suci khas bagi dewa peperangan dan perdaganga­n Maya, dengan tangga yang diakses menerusi lubang benam di tengah hutan.

Ratusan lagi lubang benam yang bersambung dengan gua itu mempunyai tanda aktiviti upacara yang teliti di sekeliling­nya, kata pakar arkeologi.

Orang Maya pada masa purba menganggap gua, teru- tamanya gua menuju ke air, sebagai tempat yang amat suci, kata INAH.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MENARIK: Kombinasi gambar serahan INAH kelmarin menunjukka­n (dari atas ikut arah jam) ahli arkeologi meneliti rangka beruang Zaman Pleistocen­e, artifak‘Dipped Fist’, topeng dewa perdaganga­n Maya dan pasu lama, kesemuanya dalam ‘Gran aquifer’ Sac Actum...
— Gambar AFP MENARIK: Kombinasi gambar serahan INAH kelmarin menunjukka­n (dari atas ikut arah jam) ahli arkeologi meneliti rangka beruang Zaman Pleistocen­e, artifak‘Dipped Fist’, topeng dewa perdaganga­n Maya dan pasu lama, kesemuanya dalam ‘Gran aquifer’ Sac Actum...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia