Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura akan wujud Dana Prasarana Rel bernilai S$5 bilion tahun ini

-

SINGAPURA: Singapura akan mewujudkan Dana Prasarana Rel bernilai S$5 bilion (S$1=RM2.96) tahun ini bagi projek laluan kereta api utama pada masa depan, kata Menteri Kewangan, Heng Swee Keat

“Jumlah ini akan ditambah pada tahun-tahun berikutnya jika kedudukan fiskal kita mengizinka­n,” katanya sewaktu membentang­kan Bajet 2018 republik berkenaan di Parlimen, di sini, kelmarin.

Heng berkata, bagi pelaburan prasarana Singapura, “cabaran utamanya adalah perbelanja­an tertentu akan menjadi sangat tinggi dengan pelaburan pendahulua­n yang besar.

“Namun, faedahnya akan dapat dinikmati bertahunta­hun,” katanya

Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat juga akan menimbang untuk membuat pinjaman bagi projek akan datang seperti projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur- Singapura dan Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura, kata Heng.

Bagi mengukuhka­n hasilnya, Singapura bercadang menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) sebanyak dua mata peratusan, daripada 7.0 kepada 9.0 peratus, bagi tempoh dari 2021 dan 2025.

“Masa yang tepat akan bergantung kepada kedudukan ekonomi, berapa banyak perbelanja­an kami berkembang dan sejauh mana prestasi cukai sedia ada kami,” katanya.

Bagaimanap­un, Heng berkata, Singapura dijangka meningkatk­an kadar GST itu lebih awal daripada tempoh berkenaan.

“Kenaikan GST perlu kera- na, walaupun selepas melihat pelbagai pilihan untuk menguruska­n perbelanja­an masa hadapan, menerusi perbelanja­an berhemah, simpanan dan pinjaman untuk prasarana, masih terdapat jurang.

“Menaikkan GST sebanyak dua mata peratusan akan memberikan kita hasil kira-kira 0.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun,” katanya.

Bagi Bajet 2018 Singapura, ia akan terus berkembang, kata Heng.

Menurutnya, jumlah keseluruha­n perbelanja­an kementeria­n-kementeria­n dijangkaka­n sebanyak S$80.0 bilion, atau 8.3 peratus lebih tinggi berbanding 2017.

“Secara keseluruha­n, kita jangkakan sedikit bajet defisit iaitu S$0.6 bilion, atau 0.1 peratus dari KDNK,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia