Utusan Borneo (Sarawak)

Bina Darulaman catat kerugian sebelum cukai RM6.49 juta bagi tahun kewangan 2017

-

KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, berbanding keuntungan sebelum cukai RM52.29 juta bagi tahun kewangan 2016.

Perolehan juga susut kepada RM251.71 juta bagi tahun kewangan 2017 daripada RM356.59 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam, Bina Darulaman menyatakan, prestasi kurang memberangs­angkan itu berikutan sumbangan yang rendah daripada bahagian hartanah serta jalan raya dan kuari.

“Bagi Suku Keempat ( Suku Ke- 4) berakhir 31 Disember 2017, bahagian hartanah mencatatka­n kerugian sebelum cukai sebanyak RM10.3 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM38.3 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

“Ini disebabkan oleh minat belian yang rendah terhadap projek perumahan kos rendah dan kos tinggi yang sedang dilaksanak­an di Bandar Darulaman dan perbandara­n Darulaman Perdana.

“Sumbangan bahagian jalan raya dan kuari untuk perolehan kumpulan bagi Suku Ke-4 Tahun Kewangan 2017 susut 39 peratus kepada RM25.1 juta daripada RM41.1 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan sumbangan yang rendah daripada projek penyelengg­araan jalan raya negeri dan lebuh raya,” kata syarikat itu.

Pada masa depan, Bina Darulaman berkata, perniagaan terasnya dijangka mencatat prestasi baik untuk tahun kewangan berikutnya kerana kumpulan berkenaan mempunyai simpanan tanah serta projek di tangan yang mencukupi untuk memberikan perolehan yang mapan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia