Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai eksport produk kayu Malaysia dijangka meningkat lima peratus

-

JITRA: Nilai eksport produk perkayuan Malaysia dijangka meningkat lima peratus tahun ini berbanding RM23.22 bilion yang direkodkan pada 2017, kata Ketua Pengarah Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) Datuk Dr Jalaluddin Harun.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarka­n permintaan tinggi dari negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, India dan Australia serta negara Kesatuan Eropah terhadap produk perkayuan negara didorong kualiti kayu tempatan di samping penghasila­n produk akhir yang menepati spesifikas­i.

“Ketika ini kita mengekspor­t produk kita kepada lebih 160 negara. Selepas ini kita mahu menumpukan pula kepada negara yang mempunyai Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) dengan Malaysia seperti New Zealand, Turki dan Pakistan,” katanya selepas merasmikan bilik pameran syarikat MRSZ Two Enterprise Sdn Bhd di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, beliau berkata, dalam usaha mencapai sasaran nilai eksport RM28 bilion menjelang 2020, negara turut berdepan masalah kekurangan bahan mentah dan pekerja mahir sehingga menyukarka­n industri ini memenuhi permintaan eksport.

“Lapan puluh peratus per- abot kita daripada kayu getah selain kayu tropika yang lain, permintaan negara maju ini tinggi, sebab itu kadang-kadang kita terpaksa menyekat eksport ( perabot daripada kayu getah) kerana bekalan bahan kayu getah adalah sangat kurang,” katanya.

Jalaluddin berkata, penglibata­n syarikat Bumiputera dalam industri perkayuan negara masih amat kecil dan jauh ketinggala­n apabila hanya menyumbang 0.7 peratus atau RM161 juta kepada jumlah eksport keseluruha­n tahun lepas.

Beliau berkata, hanya terdapat 341 syarikat Bumiputera yang bergiat dalam industri ini dan 46 peratus daripadany­a berstatus mikro iaitu mencatatka­n perolehan RM500,000 ke bawah setiap tahun dan hanya satu syarikat bersaiz sederhana iaitu merekodkan pendapatan antara RM15 juta dan RM50 juta setahun.

“Hakikat yang agak menyedihka­n ini kebanyakan­nya disebabkan faktor penggunaan teknologi yang rendah, kerja secara manual, kurang promo- si serta pengurusan kewangan tidak teratur,” katanya dan menambah, keadaan tersebut tidak akan berubah sekiranya para usahawan masih tidak progresif dalam mengembang­kan perniagaan.

Syarikat MRSZ Two Enterprise Sdn Bhd, syarikat berasaskan produk kayu bumiputera di Kedah, pernah menerima geran bantuan bahan mentah MTIB bernilai RM20,000 pada 2010 dan memperoleh pendapatan sebanyak RM1.09 juta pada 2017. — Bernama KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) membatalka­n Surat Hasrat ( LOI) tidak terikat yang dikeluarka­n kepada Microlink Solutions Bhd, bagi menambah baik sistem perbankan terasnya.

Pembatalan itu berikutan perubahan kepada keperluan dan spesifikas­i projek, kata penyedia penyelesai­an teknologi maklumat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam.

Bank Rakyat mengeluark­an LOI itu pada Julai 2016, mempelawa Microlink untuk menyertai dalam perbincang­an lanjut yang meliputi kos projek, skop tugas dan tempoh masa.

Menurut syarikat berkenaan, pihaknya bercadang mendapatka­n nasihat undang- undang berhubung pembatalan itu.

Microlink, sebahagian daripada Omesti Group, menjalanka­n operasi dalam tiga segmen: pekhidmata­n prestasi perniagaan, pengedaran serta penyepadua­n perkhidmat­an dan sistem. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MODEL BAHARU: Jalaluddin (kiri) diiringi Pengarah Urusan MRSZ Two Enterprise Sdn Bhd Mohd Rizam Razai (kanan) melihat peralatan keperluan rumah ketika merasmikan Dua Unit Showrom Syarikat MRSZ TWO Enterprise Sdn Bhd di Bandar Darulaman di Jitra,...
— Gambar Bernama MODEL BAHARU: Jalaluddin (kiri) diiringi Pengarah Urusan MRSZ Two Enterprise Sdn Bhd Mohd Rizam Razai (kanan) melihat peralatan keperluan rumah ketika merasmikan Dua Unit Showrom Syarikat MRSZ TWO Enterprise Sdn Bhd di Bandar Darulaman di Jitra,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia