Utusan Borneo (Sarawak)

Dimasukkan ‘Spend Analyser’ dan keupayaan memproses menerusi bualan semula jadi

-

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd kini memperting­katkan aplikasi mudah alih atau bantuan maya, CIMB Enhanced Virtual Assistant (EVA) dengan ciri baharu bagi menambah baik pengalaman dan kemudahan para penggunany­a.

Aplikasi yang diperkenal­kan sejak Disember 2016 memberi kemudahan perbankan secara mudah alih untuk pelanggan CIMB, termasuk kelancaran akses akaun dan transaksi menerusi bualan atau akses kata laluan pantas.

Ciri terbaharu itu termasuk kemudahan perbelanja­an dikenali sebagai ‘Spend Analyser’ selain keupayaan memproses menerusi bualan semula jadi.

“Spend Analyser itu membolehka­n para pelanggan mengurus akaun masingmasi­ng dengan lebih baik dan membuat keputusan kewangan bijak menerusi pembayaran tunggal meng- gunakan kad debit, kredit serta prabayar CIMB bagi tujuan utiliti, petrol, hiburan, makanan, pengembara­an dan aktiviti lain,” kata CIMB Bank dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulanny­a, Samir Gupta menyifatka­n penambahba­ikan terbaharu EVA itu sebagai antara strategi digital bank berkenaan untuk menggabung­kan penye- lesaian teknologi kewangan terkini dengan keupayaan analisis data CIMB serta asas atau jumlah pelanggann­ya.

Menurutnya, ini penting dalam usaha memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman perbankan terbaik.

CIMB EVA berjaya merangkul Anugerah Produk Perbankan Internet Terbaik Program Anugerah Kecemerlan­gan Antarabang­sa dalam Perkhidmat­an Kewangan Runcit 2017 oleh The Asian Banker, baru-baru ini.

Aplikasi mudah alih itu turut menerima pengiktira­fan lain termasuk Anugerah Inovasi JomPAY pada Anugerah Kecemerlan­gan e-Pembayaran Malaysia 2017, Projek Perkhidmat­an Terbaik 2017 Anugerah Teknologi Inovasi The Asian Banker 2017 dan Pengalaman Digital Terbaik (Emas) Anugerah Kecemerlan­gan Pengurusan Pengalaman Pengguna 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia