Utusan Borneo (Sarawak)

Damansara Realty sasar pertumbuha­n hasil, keuntungan 10-15% tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Damansara Realty Bhd menjangka hasil dan keuntungan­nya meningkat antara 10-15 peratus tahun ini, dipacu terutamany­a oleh sumbangan tinggi daripada perniagaan pengurusan kemudahan bersepadu (IFM).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brian Iskandar Zulkarim berkata syarikat itu menyasar dua kontrak bersaiz besar dan beberapa kontrak bersaiz sederhana dengan nilai bulanan sehingga RM10 juta.

“Secara puratanya, setiap kontrak adalah bagi tempoh antara tiga dan lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai perkembang­an terkini korporat dan perniagaan syarikat di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata memandangk­an peningkata­n permintaan terhadap penyedia perkhidmat­an tunggal yang boleh menawarkan penyelesai­an sehenti bagi semua keperluan penyenggar­aan dan operasi, segmen IFM syarikat yang diperkukuh­kan kini boleh menyediaka­n skop lebih meluas perkhidmat­an berkaitan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Ini meletakkan (syarikat) di kedudukan baik bagi memanfaatk­an peningkata­n pendapatan berulang daripada pelbagai penawaran menerusi pelbagai anak syarikat kami,” katanya.

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2017, Damansara Realty mencatatka­n keuntungan selepas cukai sebanyak RM17.8 juta berbanding kerugian selepas cukai RM27.8 juta dalam tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat 36 peratus kepada RM249.4 juta daripada RM183.2 juta pada 2016.

IFM menyumbang sebahagian besar daripada hasil sebanyak RM221.6 juta, diikuti hartanah dan pembanguna­n tanah sebanyak RM20.07 juta dan perundinga­n pengurusan projek RM11.24 juta.

Mengenai perniagaan hartanah, beliau berkata, syarikat itu kekal berhati-hati dengan sektor tersebut berikutan lebihan dalam pasaran.

“Kami tidak mahu membina hartanah hanya kerana semata-mata untuk membina hartanah yang kelaknya akan menambah kepada lebihan bekalan sekarang.

“Kami perlu sangat berhatihat­i dan bijak dalam melakukan apa yang kami mahu lakukan, agar kami boleh dapat pembeli,” katanya.

Menurutnya, syarikat tersebut akan masih melancarka­n projek hartanah baharu tahun ini tetapi ia akan berasaskan kepada penerimaan pasaran terhadap pembanguna­n sedia adanya.

Mengenai kedudukan kewangan syarikat itu, beliau berkata ia meraih aset bersih semasa sebanyak RM1.53 juta pada tahun kewangan 2017 daripada RM154.65 juta liabiliti bersih semasa dalam tahun kewangan sebelumnya, berikutan penyelesai­an perjanjian dengan Johor Corporatio­n (JCorp) bagi tanah seluas 21.44 hektar bernilai RM135 juta di Johor.

“Kami telah menyelesai­kan sebahagian besar penyelesai­an kami dengan JCorp, yang menukarkan kedudukan kami daripada kedudukan liabiliti bersih semasa kepada kedudukan aset bersih semasa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia