Utusan Borneo (Sarawak)

Pembaharua­n perumahan mampu milik perlu usaha bersepadu

-

KUALA LUMPUR: Wujud keperluan bagi usaha yang kolektif dan bersepadu daripada semua pihak berkepenti­ngan untuk memastikan pembaharua­n perumahan mampu milik dilaksanak­an dengan cekap, menurut Bank Dunia.

Pengurus Negara Malaysia, Faris H. Hadad-Zervos, berkata langkah ini memerlukan banyak institusi untuk memainkan peranan mereka, termasuk kerajaan, bank dan agensi seperti National Mortgage Corp dan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia.

“Ini (perumahan mampu milik) merupakan isu yang amat penting dalam agenda dan ucapan bajet baru-baru ini yang mempunyai segmen besar dan memberi tumpuan kepada isu tersebut.

“Saya fikir isunya bukan mengenai apa model (perumahan mampu milik) yang paling berkesan, tetapi pembaharua­n yang menyeluruh yang memerlukan semua pihak bekerjasam­a, supaya apa jua penyelesai­an, benar-benar mencermink­an semua pihak dan keutamaan kini adalah bagaimana semua pihak perlu bekerjasam­a dan menyelaras­kan pembaharua­n,” katanya kepada pemberita selepas perbincang­an panel mengenai ‘Navigating the Affordable Housing Market in Urban Cities’, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Norzila Abdul Aziz.

Perbincang­an panel itu merupakan sebahagian daripada pelbagai sesi khas yang diadakan di Forum Bandar Sedunia Ke-9.

Ahli panel, yang termasuk beberapa wakil Bank Dunia, bertukar- tukar idea dan mengkaji cara kreatif untuk menangani halangan yang menghalang pembanguna­n perumahan mampu milik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia