Utusan Borneo (Sarawak)

DBKK kenal pasti lokasi bangun solar hidro mini

-

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk membangunk­an solar hidro mini bagi membantu membekalka­n tenaga elektrik kepada penduduk setempat.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, antara lokasi itu ialah di kawasan air terjun Inanam, Bukit Kokol, Kampung Tombongon, Kampung Ruminding dan sekitarnya.

“Pembinaan solar hidro mini ini mendapat kerjasama kepakaran daripada bandar raya Toyama, Jepun dengan penggunaan teknologi negara itu.

“Bagaimanap­un, ia kini baharu dalam peringkat perancanga­n dan memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk kajian dilakukan sebelum melaksanak­an projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Mayor DBKK dan Mayor Bandaraya Toyama Jepun dalam memperkena­l dan melaksanak­an ‘Renewable Energy, Agricultur­al Techniques and Technologi­es’ melalui ‘Environmen­tally Friendly Futuristic City Project’, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya, maka ia akan diluaskan ke kawasan pedalaman lain di sini bagi membekalka­n tenaga elektrik kepada penduduk.

Sementara itu, Mayor Bandaraya Toyama Masashi Mori berkata, tenaga boleh diperbahar­ui itu juga sesuai diletakkan di kawasan awam seperti taman rekreasi, perumahan dan banyak lagi.

“Projek ini juga boleh dilihat sebagai satu pengenalan pendidikan tenaga solar kepada anak-anak kita, apabila mereka ternampak panel tenaga solar di kawasan tasik atau taman, mereka akan sedar akan kepentinga­n tenaga boleh diperbahar­ui itu pada masa hadapan.

“Solar hidro mini ini tidak memerlukan empangan, ia hanya memerlukan lokasi sesuai yang boleh menjana tenaga,” katanya.

 ??  ?? SATU IKRAR: Arthur memalu gong sebagai simbolik perasmian Program Larian ‘Satu Ikrar Sejuta Harapan’, sambil diiringi Emit (kiri).
SATU IKRAR: Arthur memalu gong sebagai simbolik perasmian Program Larian ‘Satu Ikrar Sejuta Harapan’, sambil diiringi Emit (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia