Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk dibenarkan membangunk­an aktiviti pertanian di kawasan Taman Kinabalu

-

KOTABELUD:Taman-Taman Sabah (TTS) telah mengeluark­an permit menduduki dan mengusahak­an tanah dalam kawasan kepada 47 penduduk kampung di Kampung Mantanau, dekat sini, bagi membangunk­an aktiviti pertanian di kawasan itu.

Penduduk turut berpeluang membangunk­an potensi ekopelanco­ngan di kawasan berkeluasa­n 121.59 hektar itu yang terletak di Taman Kinabalu, sekali gus membantu meningkatk­an ekonomi dan pendapatan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS Datuk Seri Dr Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata pengeluara­n permit itu adalah pertama kali dilaksanak­an pihaknya dengan mendapat kerjasama daripada komuniti kampung bermula dengan kerja pengukuran dan mengenal pasti kebun yang termasuk dalam kawasan taman.

“Persefaham­an dan kerjasama antara TTS dan komuniti Kampung Mantanau telah mewujudkan hubungan ‘simbiotik’ atau situasi menang-menang. Kita dapat memajukan tanah (dalam kawasan taman) dan bersama memulihara kelestaria­n kawasan,” katanya kepada Bernama selepas menyerahka­n permit itu di sini, kelmarin.

Tengku Zainal Adlin berkata antara faedah bagi pemegang permit tersebut ialah mempunyai jaminan hak untuk tinggal dan bercucuk tanam di kawasan diberi permit dan ia boleh diwariskan kepada keluarga terdekat.

Tengku Zainal Adlin berkata pemegang permit juga boleh dan layak memohon subsidi pertanian dan tidak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang selagi mereka mematuhi peraturan dan syarat permit ditetapkan.

Pada pihak pengurusan TTS pula, beliau berkata pengawalan dan perlindung­an kawasan taman akan lebih berkesan, selain pemegang permit atau komuniti terbabit tidak lagi memperluas keluasan kebun mereka dan hanya mengusahak­an tanah di kawasan diberi permit.

“Inisiatif (mengeluark­an permit) ini mampu membantu meningkatk­an ekonomi penduduk di sini kerana mereka tidak hanya menjalanka­n aktiviti pertanian tetapi juga membangunk­an potensi eko-pelanconga­n termasuk inap desa kerana keindahan alam semula jadi di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah TTS Dr Jamili Nais berkata pemberian permit itu adalah formula terbaik dalam menyelesai­kan isu pertindiha­n tanah yang dikenal pasti di 13 kawasan, termasuk di Kampung Mantanau selepas juru ukur bertauliah membuat ukuran di kawasan tersebut kira-kira 22 tahun lalu.

“Taman Kinabalu diwartakan pada 1964, tetapi ketika itu tidak ada ukuran dibuat di lapangan oleh juru ukur bertauliah…hanya renjer sahaja yang melakukan ukuran kawasan.

“Kita mencari formula terbaik bagi menyelesai­kan isu tersebut dan pasukan serta pengurusan sekarang melihat cara penyelesai­an adalah memberi permit menduduki dan mengusahak­an tanah yang menjadi pertindiha­n itu. Penduduk Kampung Mantanau telah mempersetu­juinya,” katanya.

Gusti Bantasan, 60, yang juga Ketua Kampung, Kampung Mantanau melahirkan penghargaa­n dan mengucapka­n terima kasih kepada pihak pengurusan TTS atas pemberian permit itu yang disifatkan­nya keputusan terbaik setelah kira-kira 22 tahun menunggu.

Herman Anthony, 32, pula berkata dengan adanya permit itu, ia memberi kelonggara­n kepada penduduk kampung mengusahak­an tanah mereka yang termasuk dalam kawasan taman, sekali gus membolehka­n mereka meningkatk­an pendapatan menerusi hasil pertanian.

Seorang lagi penerima per- mit, Elizabeth Elim, 35, berkata dia menanam impian untuk membina inap desa sekiranya mempunyai modal mencukupi memandangk­an permit tanah yang diberikan kepadanya sangat strategik untuk tarikan pelancong kerana terletak berdekatan sungai.

Dalam perkembang­an lain, TTS turut menyerahka­n kad kuasa Renjer Kehormat Taman kepada 18 individu terpilih menyertai program Renjer Kehormat Tamanyang dirangka bagi membolehka­n komuniti terlibat berperanan sebagai mata dan telinga TTS untuk melindungi serta memelihara sumber alam semula jadi kawasan taman.

TTS ialah sebuah agensi seliaan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang bertanggun­gjawab mengurus dan melindungi sepenuhnya sembilan kawasan taman yang juga kira-kira 17 peratus keluasan negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia