Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan agresif tangani sindiket penjualan kad pengenalan palsu

-

KOTA KINABALU: Kemasukan pekerja asing dari negara jiran yang terdekat antara punca Sabah menjadi pusat sindiket penjualan kad pengenalan palsu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah memperketa­tkan laluan pintu masuk dan keluar udara antara tindakan agresif bagi menangani isu berkenaan.

Menurutnya, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen giat menjalanka­n siasatan.

“Beberapa tangkapan sudah dibuat dan siasatan turut dijalankan untuk polis membuka kertas siasatan berhubung adanya perbuatan menjual kad pengenalan palsu ini.

“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat di negerinege­ri lain, tetapi pemantauan berterusan sentiasa dibuat oleh Unit Penguatkua­saan JPN agar pihak terbabit tidak terlepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- pada media selepas mengikuti sesi Taklimat Persediaan Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Isnin. Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengarahka­n Ketua Pengarah Imigresen supaya menugaskan pegawai bagi melakukan imbasan secara rambang di pintu masuk dan keluar udara.

Langkah berkenaan jelas- nya, bagi mengetahui dari peringkat awal sama ada kad pengenalan yang digunakan palsu atau asli.

Dalam pada itu, pihaknya mahu tindakan segera dapat diambil bagi menyediaka­n peruntukan untuk menaik taraf rumah-rumah kediaman polis di negeri ini.

Katanya, tindakan berkenaan bagi menjaga kebajikan anggota polis secara keseluruha­nnya sebagaiman­a yang dijalankan di negeri-negeri lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia