Utusan Borneo (Sarawak)

Ramdan sedia jadi calon Parlimen Santubong

Bagaimanap­un menerima apa jua keputusan PBB sama ada sebagai calon atau sebaliknya

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Individu yang disebut sebagai calon muka baharu Parlimen Santubong sedia menerima tanggungja­wab itu jika diberi mandat oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ramdan Mahari yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak ( SABERKAS) Cawangan Tanjong Datu ketika ditemui di sini, semalam berkata, beliau bagaimanap­un menerima apa jua keputusan parti sama ada sebagai calon atau sebaliknya.

“Saya sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai Ahli Parlimen Santubong menggantik­an Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ( Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) andai kata dicalonkan.

“Namun demikian, saya akur dan patuh dengan keputusan pucuk pimpinan negeri kerana kita sedia maklum bahawa keputusan siapa calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) adalah terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang juga pengerusi BN Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus sebagai calon Parlimen Santubong yang baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Ditanya sama ada beliau ada didekati oleh mana-mana pihak (BN) untuk memaklumka­n khabar angin tentang pencalonan itu, Ramadan berkata, setakat ini belum

Saya sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai Ahli Parlimen Santubong menggantik­an Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) andai kata dicalonkan. Ramdan Mahari Ketua Ranting PBB Kampung Stunggang Melayu

ada pihak yang memberitah­u beliau secara terus mengenai perkara tersebut.

“Kalau ada sekalipun, mungkin secara berbisikbi­sik,” katanya yang juga Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Stunggang Melayu, Lundu sejak 2013.

Ramdan, 51, merupakan juruukur tanah berlesen di Sarawak dan pernah berkhidmat dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) selama lebih 11 tahun sebelum membuka perniagaan sejak 2001.

Menerusi laporan akhbar yang dikeluarka­n baru-baru ini, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, beliau tidak akan membantah sekiranya tidak dicalonkan semula pada PRU14 nanti.

Bagaimanap­un, beliau memberi jaminan sokongan terhadapny­a semakin kuat berbanding pada PRU 2013.

“Soal dicalonkan semula atau tidak kita tunggu sehingga hari pencalonan nanti.

“Jika nama saya tiada dalam senarai saya tidak kisah.

“Saya telah berkhidmat cukup lama dan sesiapa yang menggantik­an tempat saya, calon tersebut perlu mengisi kasut yang besar.

“Anda ( calon tersebut) perlu menunjukka­n prestasi seperti yang telah saya lakukan selama ini di Santubong,” katanya ketika ditemui pemberita semasa merasmikan Dewan Kampung Goebilt yang dinamakan Dewan Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Kampung Goebilt pada 18 Feb lalu.

Pada PRU 2013, Wan Junaidi yang mewakili BN menang dengan majoriti 20,936 undi mengalahka­n Affendi Jeman (Bebas), Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) dan Mura Kadir (STAR).

 ??  ?? BERSEDIA: Ramdan (tengah) memberi informasi berhubung Karnival SABERKAS Tanjong Datu 2018 pada sidang media di Kuching, semalam.
BERSEDIA: Ramdan (tengah) memberi informasi berhubung Karnival SABERKAS Tanjong Datu 2018 pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia