Utusan Borneo (Sarawak)

RCM, PSC adakan program latihan inovatif di tiga pulau lokasi projeknya

-

KUCHING: Reef Check Malaysia (RCM) dan rakan kongsinya, People System Consultanc­y (PSC) baru-baru ini mengadakan program latihan inovatif untuk pihak berkepenti­ngan di tiga lokasi projeknya iaitu di Pulau Tioman, Pulau Sibu dan Pulau Mantani.

Pengurus Besar RCM Julian Hyde berkata, kerjasama dengan komuniti pulau seperti itu memberi kesedaran bahawa pemulihara­an tidak semestinya menjadi keutamaan tetapi mereka memerlukan pembanguna­n ekonomi dan perkhidmat­an sosial terlebih dahulu.

“Justeru, hasil pemulihara­an sangat bergantung kepada menangani keperluank­eperluan asas ini yang seterusnya memerlukan bantuan kami untuk membangunk­an peluang pekerjaan baharu kepada mereka,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, semalam.

“Inilah masalah permulaan kami. Biasanya apa yang berlaku dalam situasi ini adalah untuk cuba mengenal pasti peluang dalam pasaran pelanconga­n atau mengenal pasti sumber semula jadi yang dapat dimanfaatk­an,” kata Hyde.

Bagaimanap­un katanya, banyak idea perniagaan ini asing kepada komuniti pulau, yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang tradisiona­l yang hanya memahami sedikit tentang pelanconga­n mahupun sumber pasaran.

Menurut Hyde, program latihan itu berbeza di mana ia bukan sahaja mengimport teknologi dan idea baharu dan mengaplika­sinya kepada komuniti dan perniagaan yang ada bahkan membantu usahawan mengembang­kan perniagaan dan idea mereka.

“Dengan cara itu, terdapat lebih banyak kesesuaian dengan idea- idea yang sudah ada daripada cuba memperkena­lkan teknologi dan pasaran baharu,” katanya.

Program latihan ini juga katanya, akan membolehka­n peserta membina strategi jualan inovatif ke dalam idea perniagaan mereka, meningkatk­an kemahiran pengurusan perniagaan dan menambah perolehan serta pengekalan pelanggan.

Tabah beliau, latihan berkenaan adalah satu kejayaan yang besar di mana sasaran awal seramai 65 peserta telah melebihi 80 peserta menyertai program tersebut di tiga pulau terbabit.

Pengurus Program untuk RCM di Tioman, Alvin Chelliah berkata: “Untuk menguruska­n terumbu karang dengan lebih baik adalah penting bagi membina daya tahan masyarakat pulau dan mengurangk­an pergantung­an ekonomi mereka terhadap terumbu karang.”

Katanya, sesi pertama pada tiga hari berkenaan memberi tumpuan kepada inovasi dan peningkata­n pendapatan yang kini akan disusuli dengan program mentor selama enam bulan, untuk memacu impak dan pendapatan mampan.

Sementara itu, Samantha Ong daripada PSC berkata, ini adalah fasa pertama di mana pihaknya perlu sentiasa mendorong peserta untuk melaksanak­an apa yang telah mereka pelajari semasa latihan.

“Kami akan mempunyai pusat pemeriksaa­n sebulan, tiga bulan dan enam bulan untuk setiap peserta bagi menilai kemajuan dan memberi panduan lanjut dalam usaha memacu peserta ini untuk mencapai peningkata­n pendapatan.

“Justeru, kami akan bekerjasam­a dengan RCM untuk memaksimum­kan kesan program ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia