Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh pemasang mozek dihukum penjara 18 tahun

-

MUAR: Seorang buruh pemasang mozek dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan pindaan menyebabka­n kematian teman wanitanya, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Halijah Abbas menjatuhi hukuman itu setelah Tan Jiann Fah, 47, mengaku bersalah, dan beliau turut memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 16 September 2016.

Bapa empat anak itu mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kematian tanpa niat membunuh.

Sebelum ini, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat namun dipinda kepada 304 kanun yang sama.

Dalam penghakima­nnya, Halijah berkata pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada akhir kes pendakwaan.

Bagaimanap­un, selepas meneliti dokumentas­i dan segala keterangan, wujud keraguan munasabah yang membolehka­n tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Tan mengaku bersalah menyebabka­n kematian Goh Poh May, 40, warganegar­a Singapura, di sebuah premis di Taman Saujana Bistari 2, Taman Saujana, Kluang, Johor kira-kira jam 6.30 petang pada 24 Jun 2014.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam S. Vijayaretn­am. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia