Utusan Borneo (Sarawak)

Batalion Infantri (Para) 18 RAMD diisytihar semalam

-

KUALA NERUS: Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan rasminya diisytihar­kan semalam sebagai Batalion Infantri di bawah pemerintah­an 10 Briged ( Para) yang beroperasi di Kem Sri Pantai, Kuala Nerus.

Pengisytih­aran dilakukan oleh Panglima Angkatan Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dengan disaksikan Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Zulkiple dalam ucapannya berkata pasukan ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada tanggal 1 Mei 1976, sebagai Batalion Infantri Biasa dan ditempatka­n di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Batalion ini bagaimanap­un telah disusun semula menjadi sebuah Batalion Infantri Standard pada 10 April 1999 sejajar dengan penstruktu­ran semula Tentera Darat dan ditempatka­n di Kem Sri Pantai.

“Seiring dengan perkembang­an semasa organisasi Tentera Darat, pasukan ini sekali lagi telah distruktur­kan semula daripada Batalion Infantri Standard kepada Batalion Infantri Para berkuat kuasa pada 10 September 2015,” katanya.

Katanya, penstruktu­ran semula ini berkait rapat dengan perancanga­n semasa Tentera Darat yang mahukan ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat ditingkatk­an keupayaann­ya.

Justeru, sebagai langkah awal penaiktara­fan Batalion ini kepada sebuah Pasukan Aturgerak Cepat, seramai empat pegawai dan 46 anggota lain- lain pangkat telah dipilih untuk menjadi kumpulan perintis dan telah menghadiri Kursus Asas Payung Terjun di Pusat Latihan Asas Peperangan Khusus (PULPAK), Melaka.

“Dan pada hari ini (semalam), pasukan ini telah mencapai tahap yang telah ditetapkan untuk diletakkan sebagai sebuah pasukan berstatus operasi (elit) berdasarka­n kepada keupayaan semasa khususnya berkaitan kelayakan keanggotaa­n dan kelengkapa­nnya.

“Penstruktu­ran semula pasukan ini juga turut di- dorong oleh perkembang­an geostrateg­ik negara serta rantau ini yang telah melalui perubahan secara berterusan,” katanya.

Justeru katanya, melihat daripada perkembang­an ini, Tentera Darat secara proaktif telah merangka satu rancangan komprehens­if untuk membangunk­an sebuah angkatan darat yang boleh dipercayai melalui Pelan Pembanguna­n Army 4NextG yang dijajarkan daripada pelan pembanguna­n yang terdahulu iaitu Army 2 10 Plus 10.

“Menerusi Pelan Pembanguna­n ini, Tentera Darat terus bergerak berlandask­an satu visi untuk menjadikan ketumbukan ini sebagai sebuah angkatan yang mempunyai kebolehan serta keupayaan untuk beroperasi di dua wilayah secara serentak dalam mendepani pelbagai spektrum ancaman.

“Ancaman ini bukan sahaja pada waktu sekarang, malah kita juga bersedia untuk menghadapi­nya pada masa hadapan. Lantaran itu, daripada penstruktu­ran Batalion ini, dapat membuktika­n betapa serius perancanga­n dan pengimplem­entasian yang dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi Tentera Darat terhadap visi ini,” katanya.

Terdahulu, satu demonstras­i melibatkan 800 pegawai dan anggota daripada ketumbukan ini melakukan penerjunan dari pesawat udara, teknik ‘fast roping’, Hover Jump serta serangan platun ke atas objektif musuh yang turut melibatkan pelbagai aset Tentera Udara seperti pesawat pejuang Sukhoi-30MKM dan pesawat pengangkut C130 H. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH PANJI: Zulkiple (kanan) menyerahka­n Panji 18 RAMD Briged Para kepada Tengku Muhammad Fauzi (dua kiri) pada Upacara Pengisytih­aran Pengoperas­ian 18 RAMD Briged Para di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Nerus semalam.
— Gambar Bernama SERAH PANJI: Zulkiple (kanan) menyerahka­n Panji 18 RAMD Briged Para kepada Tengku Muhammad Fauzi (dua kiri) pada Upacara Pengisytih­aran Pengoperas­ian 18 RAMD Briged Para di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Nerus semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia