Utusan Borneo (Sarawak)

TAPAH BESAR JADI BURUAN SELEPAS BANJIR

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Bahagian I

FENOMENA hidupan sungai timbul selepas banjir surut mencetuska­n idea kepada tiga penduduk di Balingian untuk memburu ikan tapah besar, namun usaha tersebut bukan mudah.

Hanya selepas lima jam berusaha keras akhirnya spesies ikan yang mereka cari ditemui serta tewas pada mata serampang tetapi daripada jenis tapah kecil dengan berat lebih 2 kilogram (kg). Selain itu mereka turut mendapat ikan betutu seberat lebih 1kg.

Keyakinan untuk menangkap tapah besar memuncak memandangk­an sebelum ini mereka berjaya menewaskan tapah seberat 12kg yang timbul di permukaan air Sungai Balingian di samping menyaksika­n beberapa penduduk lain berjaya menangkap tapah dengan berat 20kg hingga 50kg selain tapah pelbagai saiz dalam jumlah yang banyak.

“Tidak mudah sebenarnya menangkap ikan tapah meskipun udang dan ikan banyak yang timbul di permukaan sungai selepas banjir. Dengan menggunaka­n kail untuk menangkapn­ya ataupun ketika keadaan air sungai pada tahap pH (larutan) normal sangat susah kerana ikan ini menyelam dan berada pada bahagian dasar sungai.

“Saya berpendapa­t kekurangan oksigen dalam air serta air dasar berkelodak selepas banjir membuatkan ikan ini timbul dengan banyak dan dalam keadaan lemah di permukaan air,” ujar Kamri Dairi, 50, semasa ditemui di jeti Masjid Tunku Haji Bujang daerah kecil Balingian, baru-baru ini.

Biasanya spesies tapah ini sangat berbahaya, bukan sahaja mempunyai gigi halus yang tajam bahkan merupakan spesies ikan yang agresif walaupun mendapat jolokan sebagai spesies perenang yang agak perlahan. Oleh itu usaha untuk menangkapn­ya perlu menempuh beberapa halangan seperti yang diperakui Kamri semasa pemburuan mereka.

Katanya, mereka terpaksa melalui laluan sungai yang sempit ditumbuhi lalang air, bergerak ke kawasan hulu sungai sehinggala­h menemui kepala tapah timbul di permukaan air, mendekatin­ya dengan serampang dan terus menikam ke bahagian badan ikan tersebut.

Kejayaan menangkap tapah ini meskipun bersaiz sederhana kecil, tetap memberi kepuasan maksimum baginya yang hampir seharian mencari ikan tersebut.

Kamri berkata, untuk bergerak ke hulu sungai sudah memakan masa dua jam dari daerah kecil Balingian dan dua ekor ikan yang ditemui timbul itu pula berada antara lalang-lalang air di kawasan terbabit yang sukar untuk didekati.

“Susah juga untuk menangkap tapah dan betutu ini apabila pencarian kami hanya berjaya untuk lima jam kemudian,” katanya yang turut ditemani oleh abangnya Asmidi Dairi, 54, dan Jaafar Taim, 38, yang bergerak dari jam 8 pagi sehingga jam 4.40 petang dengan menggunaka­n bot panjang dan enjin sangkut 9.8 kuasa kuda.

Meskipun begitu katanya, tangkapan mereka pada hari itu agak baik sambil berharap hasil yang diperolehi itu akan mampu memenuhi hidangan keluarga dan saudara-mara.

“Agak lumayan juga rezeki hari ini, tidak hanya ikan, kami juga menangkap udang timbul di antara akar dan rumput-rumput air yang mencecah berat 10kg kesemuanya.

Ada juga udangudang yang ditangkap dengan menggunaka­n jala berikutan tersadai atas tebing sungai,” tambahnya.

Tiga hari sebelumnya Kamri berkata, beliau mendapat habuan tapah besar seberat 12kg dan kebanyakan ikan besar serta udang yang ditangkap juga tidak dijual kepada orang ramai sebaliknya dibahagi-bahagikan hasilnya sesama keluarga dan saudaramar­a terdekat.

Kamri mengakui beliau turut kecewa apabila seekor tapah yang mungkin dianggarka­n seberat 15kg terlepas begitu sahaja semasa pemburuan ikan terbabit sebelum ini.

“Tetapi kami sebenarnya tidak hanya memberi tumpuan untuk menangkap ikan tapah sahaja bahkan turut menangkap udang dan ikan-ikan lain supaya kami tidak balik dengan tangan kosong,” tambahnya.

Jelasnya, ada juga sesetengah penduduk yang hanya fokus untuk menangkap ikan besar sahaja dengan mengetepik­an ikan-ikan kecil serta udang.

“Paling besar tapah ditangkap penduduk kampung sebelum ini ada yang mencecah 50kg dan ada seorang penduduk di sebuah rumah panjang menangkap sehingga 50 ekor ikan tapah pelbagai saiz sehingga berjaya menjualnya dengan harga lebih RM4,000 kepada beberapa pembeli,” katanya bercerita lanjut.

Mengenai rasa isi tapah Kamri berkata, beliau

lebih menggemari rasa isi tapah kecil yang lembut berbanding isi tapah besar yang liat dan agak pejal.

Selagi musim hidupan sungai timbul belum berakhir, Kamri dan abangnya akan meneruskan pemburuan tapah besar di Sungai Balingian kerana pada tahap air normal tapah bertambah sukar untuk ditangkap.

Kajian daripada sumber www.fishbase.org wallagu attu memperinci­kan ikan tapah daripada spesies ikan duri air tawar dalam keluarga Siluridae banyak ditemui di selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia dan Indonesia termasuk dilaporkan ditemui di Afghanista­n.

Kitaran hidup ikan ini adalah di kawasan sungai dan tasik besar, hidup di dasar sungai berlumpur dengan air mengalir perlahan, biasanya menyembuny­ikan diri dalam lubang-lubang di tebing sungai dan terusan untuk mencari makanan serta pemangsa yang kuat makan antaranya ikan kecil, udang (krustasia) dan (hidupan sungai yang bercengker­ang) moluska.

Manakala anak ikan tersebut biasanya memakan serangga serta menurut kajian juga spesies itu merupakan ikan perosak kepada ikan-ikan lain yang lebih bernila serta membiak pada musim panas sebelum musim hujan.

Badan ikan tapah panjang dan amat padat serta boleh membesar sehingga 2.4 meter (8 kaki) panjang. Kepalanya lebar, dengan mulut yang besar dan melekuk dengan sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan boleh menggigit manusia. Mempunyai mata yang kecil dan dua pasang duri dengan sirip dorsal yang kecil selain sirip belakang yang amat panjang.

 ??  ??
 ??  ?? TAKJUB: Penduduk kampung takjub melihat hasil tangkapan yang diperolehi Kamri bersama abang dan saudaranya.
TAKJUB: Penduduk kampung takjub melihat hasil tangkapan yang diperolehi Kamri bersama abang dan saudaranya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HASIL TERBAIK: Kamri (tengah) bersama Asmidi dan Jaafar (kanan) serta penduduk kampung menunjukka­n hasil tangkapan yang diperolehi semasa hidupan sungai timbul di Sungai Balingian.
HASIL TERBAIK: Kamri (tengah) bersama Asmidi dan Jaafar (kanan) serta penduduk kampung menunjukka­n hasil tangkapan yang diperolehi semasa hidupan sungai timbul di Sungai Balingian.
 ??  ?? KEPUASAN MAKSIMUM: Kamri menunjukka­n tapah dan betutu yang berjaya ditewasnya semasa pemburuan tapah besar di Sungai Balingian.
KEPUASAN MAKSIMUM: Kamri menunjukka­n tapah dan betutu yang berjaya ditewasnya semasa pemburuan tapah besar di Sungai Balingian.
 ??  ?? PUNGGAH HASIL: Kamri bersama abangnya Asmidi (kanan) memunggah hasil sungai yang diperolehi di jeti Masjid Tunku Haji Bujang Balingian.
PUNGGAH HASIL: Kamri bersama abangnya Asmidi (kanan) memunggah hasil sungai yang diperolehi di jeti Masjid Tunku Haji Bujang Balingian.
 ??  ?? BANYAK: Asmidi menunjukka­n udang sungai pelbagai saiz yang berjaya mereka tangkap semasa timbul di Sungai Balingian.
BANYAK: Asmidi menunjukka­n udang sungai pelbagai saiz yang berjaya mereka tangkap semasa timbul di Sungai Balingian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia