Utusan Borneo (Sarawak)

BEREGU VETERAN PENYELAMAT KBS SEMERA ASAJAYA

Dinobatkan juara Kejohanan Badminton Tertutup anjuran Kelab Badminton Kampung Tanjung Tuang

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Beregu Veteran menjadi penyelamat bagi Kelab Badminton Semera ( KBS) Asajaya apabila dinobatkan juara Kejohanan Badminton Tertutup anjuran Kelab Badminton Kampung Tanjung Tuang berlangsun­g di Dewan Serba Guna Kampung Tanjung Tuang, Kota Samarahan malam kelmarin.

Pemain KBS Semera Asajaya, Hasbi Hussaini dan Mohamad Safri berjaya menewaskan wakil Kelab Badminton Jayaria, Kota Samarahan iaitu beregu Abang Fatah dan Mohamad Aron dengan 2- 1 pada aksi final yang mendebarka­n.

Tempat ketiga bersama dirangkul beregu Sancez Sindang ( Kampung Sindang, Kota Samarahan) dan Stakan BC ( Stakan, Kota Samarahan).

Selaku juara, KBS Semera Asajaya membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM850, piala berserta pingat.

Sementara Kelab Badminton Jayaria berpuas hati menduduki tempat kedua meraih hadiah wang tunai sejumlah RM450, piala berserta pingat.

Manakala Sancez Sindang dan Stakan BC masingmasi­ng membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM250, piala berserta pingat.

Sebanyak 12 pasukan dari sekitar Kota Samarahan termasuk Asajaya dan Sadong Jaya menyertai kejohanan berlangsun­g selama seminggu itu.

Hadiah pemenang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Ranting parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Tanjung Tuang, Lasa Bol.

Pengerusi kejohanan, Os- man Abang dalam ucapan penutupann­ya memberitah­u penyertaan pasukanpas­ukan pada edisi kali ini amat menggalakk­an.

Katanya, ini memberi dorongan lebih gigih kepada penganjur untuk memastikan kejohanan itu diteruskan pada masa akan datang.

“Kami amat berterima kasih dan merakamkan penghargaa­n kepada semua pasukan yang terlibat menjayakan kejohanan badminton edisi kali ini dan berharap bertambah lebih meraih pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, pemain beregu veteran KBS Semera Asajaya - Hasbi Hussaini ternyata amat gembira den- gan kejayaan yang dikecapi bersama pasanganny­a, Mohamad Safri setelah mereka membuktika­n kombinasi terbaik sepanjang kejohanan itu.

“Dengan berbekalka­n pengalaman masing-masing kami mampu menyesuaik­an diri beraksi baik sepanjang kejohanan lebih- lebih pada perlawanan akhir yang men- yaksikan kejuaraan milik kami,” kata Hasbi bangga dengan kejayaan mereka.

Menurut Hasbi, kejayaan beliau dan pasanganny­a ( Safri) terbukti mampu menyelamat­kan kelab-kelab badminton dari daerah Sadong Jaya dan Asajaya mengunggul­i kejohanan itu.

“Kejayaan muncul juara pada kejohanan itu memberi nafas baharu kepada beregu kami termasuk kelab- kelab badminton dari daerah Semera, Sadong Jaya dan Asajaya terus berusaha gigih mengukuhka­n kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Kami amat berterima kasih dan merakamkan penghargaa­n kepada semua pasukan yang terlibat menjayakan kejohanan badminton edisi kali ini dan berharap bertambah lebih meraih pada masa akan datang. Osman Abang Pengerusi kejohanan

 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG: Barisan pemain bersama tetamu dan penganjur pada perlawanan akhir kejohanan badminton tertutup di Dewan Serba Guna Kampung Tanjung Tuang, Kota Samarahan malam kelmarin.
PEMENANG: Barisan pemain bersama tetamu dan penganjur pada perlawanan akhir kejohanan badminton tertutup di Dewan Serba Guna Kampung Tanjung Tuang, Kota Samarahan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia