Utusan Borneo (Sarawak)

IKRAR BERSIH NAMA

Tiga individu terkesan siasatan dakwaan mengatur perlawanan bola sepak bercadang ambil tindakan undang-undang terhadap FAS.

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Tiga individu yang dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung dakwaan mengatur perlawanan bola sepak berikrar membersihk­an nama dan reputasi mereka yang tercalar.

Justeru, dua pemain bola sepak Sarawak Mazwandi Zakeria, 29, dan Mohd Hafiz Abu Bakar, 28, serta Mohd Zaiman Rosli, 34, individu yang dikatakan ‘bookie’ dalam siasatan SPRM tersebut, kini menimbang untuk mengambil tindakan undangunda­ng terhadap Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam, ketiga-tiga mereka yang diwakili peguam Irawan Sudarsono, Ahmad Dzulfadzli Hamdan dan Saifunniza­m Sam ternyata amat kecewa dengan tindakan FAS memfailkan aduan kepada SPRM berhubung dakwaan mengatur perlawanan Liga Premier 2018 antara Sarawak dan FELCRA FC pada 10 Februari lepas.

Menurut Irawan, tindakan FAS itu seolah-olah tidak mengendahk­an kesetiaan pemain yang telah berbakti selama bertahun-tahun dengan Sarawak.

Tegasnya, dua pemain terbabit juga menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai, malah digambarka­n sebagai penjenayah ekoran laporan meluas mengenai dakwaan itu di media massa.

“Walaupun mereka telah dibebaskan, imej dan reputasi mereka sebagai pemain bola sepak profesiona­l dan individu telah rosak dan maklumat yang tidak benar serta khabar angin terus menular di media sosial menggambar­kan mereka terlibat dalam rasuah walaupun tanpa sebarang bukti kukuh.

“Setakat hari ini (semalam), tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh FAS berikutan kesan siasatan itu terhadap klien kami.

“Sehubungan itu, kami akan memikirkan apa jua jalan di bawah mahkamah sivil bagi menuntut keadilan dan melakukan yang terbaik untuk membersihk­an nama dan reputasi mereka,” ujar Irawan.

Menurutnya lagi, ketigatiga mereka juga akan terus bekerjasam­a dengan SPRM jika diperlukan.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Kuching kerana tidak puas hati dengan tindakan FAS sehingga menyebabka­n mereka direman selama enam hari bermula 15 Februari lepas.

Mereka ditemani bapa Mazwandi dan Hafiz, Zakeria Ibrahim dan Abu Bakar Alem.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MAHU KEADILAN: Mohd Zaiman (kiri), Abu Bakar (dua kiri) dan Zakeria (dua kanan) menunjukka­n laporan polis sambil disaksikan Mazwandi (tiga kanan), Hafiz (tiga kiri), Irawan (empat kiri) dan Ahmad (kanan) pada sidang media semalam.
— Gambar Chimon Upon MAHU KEADILAN: Mohd Zaiman (kiri), Abu Bakar (dua kiri) dan Zakeria (dua kanan) menunjukka­n laporan polis sambil disaksikan Mazwandi (tiga kanan), Hafiz (tiga kiri), Irawan (empat kiri) dan Ahmad (kanan) pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia