Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS TERBUNUH NAHAS MOTOSIKAL, LORI

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditunggang­inya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan jalan raya di Batu 17, Jalan Batu Gong, Siburan dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa Chong Kong Chiong, 63, terdahulu dikatakan bergerak dari arah Jalan Batu Gong menuju ke Jalan Kuching-Serian sekitar jam 8 pagi.

Setibanya di tempat kejadian katanya, mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain namun tidak sempat mengelak lori yang datang dari arah bertentang­an lalu bertembung sehingga menyebabka­n dia tercampak dari atas motosikaln­ya.

“Mangsa bertembung dari arah bertentang­an dengan lori yang datang dari arah simpang Jalan Kuching-Serian ketika dia (mangsa) dipercayai cuba memotong kenderaan lain.

“Impak pertembung­an menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah di badan serta kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa oleh anggota paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya.

Mayat mangsa yang berasal dari Siburan kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk upacara pengebumia­n.

Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? PILU: Kelihatan ahli keluarga mangsa di tempat kejadian.
PILU: Kelihatan ahli keluarga mangsa di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia