Utusan Borneo (Sarawak)

PGA MIRI RAMPAS BALAK, JENTERA BERAT BERNILAI RM2.5 JUTA

-

LAWAS: Cubaan sebuah syarikat pembalakan menebang 1,100 batang kayu balak secara haram dari kawasan hutan di Beriwan, Ba’ Kelalan di sini gagal apabila kegiatan mereka berjaya dihidu oleh Batalion Ke-12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion Ke-12 PGA Miri Superinten­den Tan Hiap Seng berkata, bertindak hasil risikan anggotanya dan anggota risikan Kompeni C Batalion Ke-12 PGA Limbang diketuai ASP Azhar Mohammad telah membawa kepada rampasan 1,100 batang kayu balak pelbagai saiz dalam operasi pada jam 10.10 pagi.

Beliau berkata, kayu balak terbabit serta tiga jentolak, sebuah jengkaut dan tiga lori pengangkut balak bernilai kira-kira RM2.5 juta.

“Seorang suspek lelaki berketurun­an Cina berusia 45 tahun turut ditahan dalam operasi berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya kepada media semalam.

Tan berkata, lokasi hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda memakan masa 45 minit perjalanan dari bandar Lawas.

“Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan terdapat tiga tempat longgokan kayu dan jentera berat berada di kawasan pembalakan tersebut.

“Semasa pemeriksaa­n, seorang lelaki berbangsa Cina mengaku sebagai juruukur di kawasan longgokan kayu balak tersebut, namun gagal menunjukka­n sebarang dokumen berkaitan apabila diminta berbuat demikian,” katanya.

Suspek jelasnya, ditahan dan semua jentera berat berserta anak kunci dan longgokan kayu dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Hutan Lawas untuk tindakan lanjut.

Beliau turut memberitah­u ia merupakan rampasan terbesar untuk tahun ini dan pihaknya akan terus melakukan operasi sehingga semua kegiatan pembalakan haram dihapuskan tanpa kompromi.

Setakat ini, pihaknya sedang mengumpul beberapa maklumat penting sebelum melakukan Ops Libas seterusnya di semua kawasan yang berada di bawah bidang kuasa Batalion 12 PGA Miri.

 ??  ?? TUMPAS: Tan (empat kiri) dan Azhar bersama yang lainnya menunjukka­n balak yang dirampas pagi kelmarin.
TUMPAS: Tan (empat kiri) dan Azhar bersama yang lainnya menunjukka­n balak yang dirampas pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia