Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu lori cedera kena belasah dalam tandas

Kejadian berlaku sebaik mangsa meninggalk­an pusat karaoke selesai sesi minum malam kelmarin

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Seorang pemandu lori mengalami kecederaan pada bahagian badan dan muka selepas dibelasah tiga lelaki tidak dikenali dalam tandas sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Mangsa, 41, dari Taman Patiambun, dekat sini cedera pada bahagian badan, bibir dan telinga, selain bengkak pada bahagian mata akibat ditumbuk dan ditendang dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang DSP Tega Bilong berkata, kejadian ber- laku sebaik mangsa meninggalk­an sebuah pusat karaoke selepas selesai sesi meminum minuman keras.

“Mangsa dipukul tiga lelaki tidak dikenali di dalam tandas sebuah hotel di sini, menyebabka­n mangsa cedera pada bahagian badan dan muka,” katanya kepada media semalam.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa mendakwa tidak mengetahui punca dia dipukul, katanya sambil menambah, mangsa kemudianny­a dihantar untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Limbang.

“Akibat kecederaan itu, mangsa menerima jahitan pada bahagian bibir atas dan bawah,” katanya.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai yang menyaksika­n kejadian itu untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Liyana di Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangk­an kecederaan,” jelas Tega.

Dalam kes berasingan, seorang penjawat awam, 33, mengalami kerugian RM2,070 setelah membuat pinjaman daripada sebuah syarikat yang dipercayai tidak wujud awal baru-baru ini.

Tega berkata, selepas bayaran dibuat untuk pinjaman sebanyak RM15,000, duit pinjaman tidak dimasukkan ke dalam akaun mangsa menyebabka­nnya membuat laporan polis sebaik menyedari dirinya ditipu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mangsa dipukul tiga lelaki tidak dikenali di dalam tandas sebuah hotel di sini, menyebabka­n mangsa cedera pada bahagian badan dan muka. DSP Tega Bilong Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang

 ??  ?? DIBELASAH: Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka.
DIBELASAH: Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia