Utusan Borneo (Sarawak)

Pengedar dadah ditahan kali ketujuh

-

BESUT: Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ketujuh oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dalam serbuan di Kampung Tok Dor Luar dekat Jertih awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superinten­den Mohd Zamri Mohd Rowi memberitah­u suspek yang juga seorang penganggur berumur 38 tahun dan tinggal di Kampung Tok Luar itu juga didapati positif dadah jenis morfin.

Beliau berkata, serbuan dilakukan pada jam 3 pagi ketika suspek berumur 38 tahun itu dikatakan berkelakua­n mencurigak­an dan mundar-mandir berseorang­an di sebuah surau di kampung itu.

“Apabila melihat kehadiran anggota polis, lelaki itu bertindak melarikan diri dengan membawa sebuah beg berwarna hitam sebelum berjaya ditangkap,” katanya kepada media semalam.

Pemeriksaa­n ke atas suspek menemui tujuh botol lutsinar mengandung­i heroin, lima di dalam beg manakala dua lagi di sekitar surau tempat suspek ditemui, di samping empat straw mengandung­i 40 biji pil dadah jenis Yaba turut ditemukan di dalam beg suspek.

Katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM600 daripada beg suspek yang dipercayai hasil jualan dadah.

Mohd Zamri berkata kesemua rampasan dadah dianggarka­n bernilai RM2,850 dipercayai untuk dijual kepada pelanggan sekitar Besut dan suspek ditahan mengikut Seksen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia