Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP, UPP perlu ketepi perbezaan: KM

Gabungan kekuatan SUPP-UPP pasti akan menguatkan lagi suara Sarawak di Kuala Lumpur

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masing-masing dimenangi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan serpihanny­a Parti Rakyat Bersatu (UPP) jika digabungka­n, pasti akan menguatkan lagi suara Sarawak di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu kata Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, kedua-dua parti yang masih dalam perbalahan itu perlu mengetepik­an perbezaan mereka.

Menurut beliau, ia demi kepentinga­n bukan sahaja rakyat Sarawak tetapi masyarakat Cina itu sendiri agar mereka tidak berpecah.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kita ada SUPP yang berjaya merampas balik kerusi daripada pembangkan­g dan mereka memenangi tujuh kerusi.

“Begitu juga UPP, mereka bertanding di lima kerusi dan kesemuanya menang. Jika kita gabungkan tujuh kerusi dan lima kerusi ia menjadi 12.

“Itu perbezaann­ya, apabila bersatu dan berpisah… maka itu saya mahu kedua- dua parti mengetepik­an perbezaan demi kepentinga­n Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Tahun Baharu Cina 2018 dan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-39 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian yang dihadiri Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh di sini, malam kelmarin.

Pada PRN lepas antara tujuh kerusi dimenangi SUPP ialah Batu Kawah, Batu Kitang, Maradong, Repok, Senadin, Piasau dan Simanggang sementara UPP ialah Bawang Assan, Dudong, Mambong, Engkilili dan Opar.

Abang Johari berkata beliau percaya jika semua bersatu dan bekerjasam­a kita dapat menuntut hak kita dari Kuala Lumpur.

“Untuk mengambil balik hak Sarawak hanya orang Sarawak sahaja dapat melaku- kannya dengan bersatu tetapi bukan parti politik berasal dari Semenanjun­g baik PKK, DAP mahupun UMNO,” katanya.

Menurut Abang Johari, dengan kedua-dua parti bekerjasam­a ia bukan sahaja menguatkan komuniti Cina tetapi rakyat Sarawak dalam apa jua yang diperjuang­kan.

Tambah beliau, Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan dengan kekuatan semua parti komponen BN Sarawak sekurang- kuranganya memenangi 28 atau 29 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya hak Sarawak dapat diambil balik daripada perse- kutuan.

Sementara itu Dr Sim yang juga Presiden SUPP ketika dihubungi Utusan Borneo semalam berkata, SUPP sentiasa terbuka untuk menerima semula ahlinya yang telah meninggalk­an parti sebelum ini.

“Saya pernah menyatakan bahawa Tahun Baharu Cina merupakan masa untuk perhimpuna­n keluarga dan mengukuhka­n semangat perpaduan.

“Kami mengalu- alukan dengan mesra semua orang yang telah meninggalk­an kami termasuk anggota keluarga baharu yang kami tidak pernah jumpa.

“Ini bukan hanya untuk masyarakat Cina yang lebih kuat sahaja (kerana satu pertiga daripada ahli kami adalah Bumiputera) tetapi juga untuk Sarawak yang lebih kuat,” katanya.

Malahan kata Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, ramai dalam kalangan wakil rakyat pembangkan­g sedia ada atau bekasnya adalah daripada SUPP termasuk bapa kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, iaitu bekas wakil rakyat Chong Siew Chiang juga daripada SUPP.

Sementara Ketua Pemuda UPP Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, saranan ketua menteri itu harus diterima dengan hati terbuka secara positif oleh SUPP dan UPP.

“Ia bagi kestabilan politik negeri secara keseluruha­n dan lebih-lebih lagi ia demi kebaikan BN Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Itu perbezaann­ya, apabila bersatu dan berpisah… maka itu saya mahu kedua-dua parti mengetepik­an perbezaan demi kepentinga­n Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? MESRA: Dr Sim dan Wong (dua kanan) turut kelihatan bersalaman semasa menghadiri majlis sama di Kuching, malam kelmarin.
MESRA: Dr Sim dan Wong (dua kanan) turut kelihatan bersalaman semasa menghadiri majlis sama di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia