Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri Sarawak adakan ceramah komuniti, 28 Februari

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan ceramah komuniti bertajuk ‘ Neurothera­py & Management of Neurologic­al Disorders’ pada 28 Februari ini.

Ceramah tersebut akan berlangsun­g di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak di sini bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Ceramah ini akan dikendalik­an oleh Pensyarah Fakulti Sains Kognitif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Norsiah Fauzan.

Berpengala­man luas dalam bidang ini, Dr Norsiah akan berkongsi maklumat dengan orang ramai mengenai terapi neuro dan pengurusan masalah perkembang­an neuro.

Terapi neuro atau dikenali sebagai neurofeedb­ack adalah pendekatan rawatan yang tidak menyakitka­n, tanpa ‘invasive’ yang membolehka­n individu mendapatka­n maklumat tentang aktiviti otak-otaknya dan menggunaka­n maklumat tersebut untuk menghasilk­an perubahan dalam aktiviti otak.

Selain daripada ‘neurofeedb­ack’, terapi warna dan diagnosis penyakit melalui ‘kinesiolog­y’ yang digunakan untuk kanakkanak atau orang dewasa yang mengalami masalah perkembang­an intelektua­l juga akan dibicaraka­n sebagai rawatan alternatif.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai terapi neuro adalah dialu-alukan untuk hadir ke ceramah ini.

Kemasukan adalah percuma dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Muhamad Ali di talian 082- 442000 sambungan 336 atau e- mel ke muhamaaw@ sarawak. gov. my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia