Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah lawat rakan media di Miri

-

MIRI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berada di Miri untuk tugas rasmi turut mengambil kesempatan meluangkan masa mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Philip Kiew, ketua pemberita The Borneo Post dan Utusan Borneo Pusat Berita Miri (MNC), Selasa lalu.

Beliau diiringi Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri Arni Abdul Rahman, Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Dr Philip Raja serta Pengarah Eksekutif Kumpulan Samling Troy Yaw dan yang lain.

Troy yang pernah memenangi anugerah ‘ Property Man of the Year’ pada 2014, merupakan penggerak utama sukan kapal layar di negeri ini.

Sementara itu, semangat Tahun Baharu Cina di kediaman Philip turut dimeriahka­n dengan hidangan buah-buahan tempatan termasuk pulasan, di samping membincang­kan pelbagai isu berhubung alam sekitar, sosial, kesihatan dan isu semasa.

Philip yang juga bekas presiden Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) berkata, keluargany­a terharu dengan kunjungan timbalan ketua menteri dan rombongann­ya yang merupakan satu penghormat­an dan kejutan sempena Tahun Baharu Cina.

Katanya, kunjungan timbalan ketua menteri turut membawa kegembiraa­n dan keceriaan kepada keluargany­a sempena Tahun Baharu Cina ini.

Awang Tengah yang terkenal dengan sikap mesra rakyat dan rendah diri, turut melawat rumah-rumah terbuka Tahun Baharu Cina, bukan sahaja dalam kalangan golongan kenamaan malah rakan dan penduduk tempatan di daerah Lawas dan Limbang awal minggu ini sebelum menghadiri majlis makan malam di sana.

 ??  ?? CERIA: Awang Tengah (lima kiri) diapit Troy (empat kiri) dan Philip selaku tuan rumah serta yang lain, memberikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada ahli keluarga Philip.
CERIA: Awang Tengah (lima kiri) diapit Troy (empat kiri) dan Philip selaku tuan rumah serta yang lain, memberikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina kepada ahli keluarga Philip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia