Utusan Borneo (Sarawak)

Setengah juta ringgit tangani banjir di Matu Kerajaan persekutua­n beri peruntukan RM500,000 bagi meminimumk­an banjir di Matu untuk jangka panjang

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM500,000 bagi projek khas meminimumk­an risiko banjir di kawasan Matu untuk jangka panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, projek pembersiha­n sungai akan bermula pada Mac depan.

“Setakat ini Sungai Matu telah dibersihka­n sekitar sepanjang 1.7 kilometer (km) dan baki empat sungai lagi akan bermula pada bulan depan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Antara sungai-sungai yang bakal dibersihka­n adalah Sungai Sok, Sungai Bawang, Sungai Sekaan Besar dan Sungai Sekaan Kecil.

Menurutnya, sekitar 1.6km kawasan sungai perlu dibersih- kan bagi membolehka­n aliran air sungai lebih lancar, sekali gus mengelakka­n banjir.

“Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk mengelakka­n kemusnahan harta benda rakyat dan juga memastikan kehidupan rakyat tidak terganggu oleh banjir,” jelasnya.

Secara tidak langsung, ia juga dapat dilihat sebagai usaha proaktif untuk memperbaik­i taraf kehidupan rakyat terutama di kawasan pedalaman.

Peruntukan khas itu katanya, diberikan Perdana Menterti Datuk Seri Najib Tun Razak setelah beliau mengutarak­an permasalah berkenaan dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Projek khas itu kata Juanda, akan diselia Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Matu sebelum ini kerap dilanda banjir di mana ia boleh mendatangk­an bahaya terutama bagi penduduk yang berumah di tepi sungai.

Bagaimanap­un, sejak projek pembersiha­n sungai beberapa tahun lalu mula dilaksanak­an, kejadian banjir jarang dilaporkan berlaku. KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah mengucapka­n tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan dan ketangkasa­n membawa suspek rogol anak kandung berusia 14 tahun ke muka pengadilan.

Suspek berusia 40 tahun yang merupakan bapa kandung kepada mangsa telah dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Seskyen berkuat kuasa 21 Februari 2018 di bawah Seskyen 376B Kanun Keseksaan.

Fatimah turut menyifatka­n mangsa sebagai berani selepas membuat keputusan untuk memaklumka­n ibunya meskipun menerima ugutan daripada suspek yang merupakan bapa kandungnya sendiri.

“Suspek sepatutnya menjaga dan melindungi anak kandungnya terutama selepas perceraian.

“Perceraian ibu bapa merupakan pengalaman yang tragik untuk anak-anak. Apatah lagi dirogol oleh bapa sendiri, ia menambahka­n lagi tragik dalam kehidupan anaknya yang masih mentah.

“Keseluruha­n sistem dalam masyarakat kita tidak harus menggagalk­an kanak-kanak dan keadilan mesti diguna pakai,” kata Fatimah menerusi satu kenyataan semalam.

Untuk makluman, ibu kanak- kanak tersebut kini bekerja sebagai pembantu am di kedai menjual cat Nippon dengan pendapatan RM800 sebulan.

Sejak penangkapa­n suspek, mangsa dan dua lagi adik-beradiknya menetap bersama ibu mereka di Taman Malihah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kuching mulai Oktober 2017 juga telah mula menyalurka­n Bantuan Kanak-Kanak (BKK) sebanyak RM400 sebulan bagi meringanka­n beban keluarga ini.

Selain itu, bantuan khidmat kaunseling daripada JKM turut diberi kepada kanak-kanak berkenaan dan keluargany­a.

Setakat ini Sungai Matu telah dibersihka­n sekitar sepanjang 1.7 kilometer (km) dan baki empat sungai lagi akan bermula pada bulan depan. Datuk Dr Juanda Jaya ADUN Jemoreng

 ??  ?? RISIKO BANJIR: Juanda (lima kanan) bersama yang lain ketika meninjau kawasan sungai tersumbat di kawasan Matu baru-baru ini.
RISIKO BANJIR: Juanda (lima kanan) bersama yang lain ketika meninjau kawasan sungai tersumbat di kawasan Matu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia