Utusan Borneo (Sarawak)

Bagi memastikan semua langkah pencegahan diambil seterusnya membasmi sepenuhnya penyakit tersebut

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) sedia memberi bantuan serta sokongan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dalam usaha menangani wabak Hepatitis A di kawasan pentadbira­nnya.

Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata, ia penting bagi memastikan semua langkah pencegahan diambil, seterusnya membasmi sepenuhnya penyakit Hepatitis A.

“Kita mahu membendung masalah Hepatitis A seterusnya menghapusk­an sepenuh- nya penyakit ini.

“Oleh itu MPKS sedia memberi apa jua bentuk bantuan dan sokongan diperlukan kepada JKN Sarawak tidak hanya untuk membasmi Hepatitis A tetapi juga rabies,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dua kes Hepatitis A yang disahkan berlaku di Kampung Asajaya Laut, Kota Samarahan.

Minos menambah, kerjasama jitu antara MPKS dan JKN Sarawak akan dipertingk­atkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha menjadikan bahagian Samarahan selamat.

“Kita mahu Samarahan sentiasa bersih dan selamat sesuai dengan motto MPKS iaitu ‘Cantik, Bersih dan Hijau,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes Hepatitis A yang berlaku dalam kawasan pentadbira­n MPKS, Minos berkata beliau gembira dan menarik nafas lega kerana Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim telah mengesahka­nnya menerusi kenyataan akhbar kelmarin.

“(Sekarang ini)terlalu banyak dibual dalam Internet dan ada antaranya tidak benar.

“MPKS cuba mendapatka­n penjelasan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan tetapi mereka meminta kami menunggu pengesahan daripada pengarah ( JKN Sarawak),” katanya.

Dr Jamilah dalam kenyataan akhbarnya itu turut memberitah­u, aktiviti pengesanan kes secara aktif telah bermula pada 15 Februari lalu sehingga kini.

Sehubungan itu, katanya JKN Sarawak telah dan sedang melaksanak­an aktiviti berterusan seperti pemantauan rapi melalui pelaporan dari semua klinik dan hospital termasuk swasta.

JKN Sarawak tambahnya, telah melakukan ujian kualiti air terawat di kawasan terbabit dan mendapati ia mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagai langkah pencegahan, JKN Sarawak katanya akan meningkatk­an aktiviti pendidikan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan Hepatitis A kepada masyarakat setempat berkaitan kepentinga­n kebersihan diri, kebersihan ketika menyediaka­n makanan dan minimum serta persekitar­an yang bersih.

“JKN Sarawak dan agensi terlibat akan meneruskan langkah- langkah kawalan dalam pemantauan kualiti air yang dibekalkan oleh loji rawatan air,” ujar Dr Jamilah.

Kita mahu membendung masalah Hepatitis A seterusnya menghapusk­an sepenuhnya penyakit ini. Datuk Peter Minos Pengerusi MPKS

 ??  ?? IDEA BERNAS: Dr Chandra (duduk depan, kanan) bersama moderator, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo semasa ceramah Tadbir Urus Yang Baik Dalam Persekutua­n Pelbagai Etnik, anjuran Institut Pengurusan Sarawak di Kuching, semalam.
IDEA BERNAS: Dr Chandra (duduk depan, kanan) bersama moderator, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo semasa ceramah Tadbir Urus Yang Baik Dalam Persekutua­n Pelbagai Etnik, anjuran Institut Pengurusan Sarawak di Kuching, semalam.
 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia