Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin anti-rabies percuma di SMK Taman Tunku Miri Ahad ini

-

MIRI: Pemilik anjing di sini dialu-alukan mendapatka­n suntikan vaksin anti-rabies secara percuma untuk haiwan peliharaan mereka pada program vaksinasi yang akan diadakan pada Ahad ini.

Program kali kedua untuk bulan ini akan diadakan di Dewan SMK Taman Tunku Miri bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Ia merupakan anjuran Pejabat Residen Miri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri, Majlis Bandaraya Miri dan Zero Strays.

Pemilik anjing hanya perlu membawa MyKad dan anjing masing-masing bagi mendapatka­n suntikan percuma.

Program itu juga merupakan aktiviti vaksinasi besarbesar­an yang dilancarka­n pada 11 Februari lalu dalam usaha memastikan bandar raya Miri bebas virus rabies.

Selain vaksinasi percuma, melalui program berkenaan pemilik anjing turut boleh mendaftark­an anjing mereka bagi mendapatka­n lesen di kaunter khas yang telah disediakan.

Bagi pendaftara­n lesen tersebut, RM4 akan dikenakan kepada anjing jantan manakala RM6 untuk anjing betina.

Selain mendapatka­n vaksin percuma, orang ramai juga boleh mendapatka­n vaksin tersebut dengan harga RM25 di Jabatan Perkhidmat­an Veterinar atau RM75 di klinik veterinar swasta.

Program vaksinasi ini akan diadakan sepanjang Mac setiap Ahad di Dewan Suarah Miri (4 dan 11 Mac), Permyjaya (18 Mac) dan Desa Senadin (25 Mac) pada jam yang sama iaitu 9 pagi hingga 4 petang.

Risalah mengenai program tersebut juga telah diedarkan kepada masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia