Utusan Borneo (Sarawak)

Standard tadbir urus negara perlu ditingkatk­an dalam pelbagai bidang

-

KUCHING: Standard tadbir urus negara perlu ditingkatk­an dalam pelbagai bidang walaupun Malaysia telah ditadbir dengan baik sejak 55 tahun lalu, berbanding dengan negara-negara pascapenja­jahan yang lain.

Menurut Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar, antara bidang yang harus diberi perhatian adalah jurang perbezaan antara lapisan atasan dan bawahan dalam masyarakat serta kemerosota­n integriti dalam perkhidmat­an awam.

Beliau menambah, antara lain adalah terhadap halangan kepada pembabitan rakyat yang bermakna dalam proses politik, kekurangan empati masyarakat pelbagai agama dan budaya serta struktur persekutua­n yang terlalu berpusat.

“Semua ini bertentang­an dengan tadbir urus yang baik,” katanya ketika menyampaik­an ceramah Tadbir Urus Yang Baik Dalam Persekutua­n Pelbagai Etnik, anjuran Institut Pengurusan Sarawak (MASA) di Pustaka Negeri Sarawak di sini semalam.

Justeru, Dr Chandra berkata mengatasi cabaran ini berpanduka­n Perlembaga­an Persekutua­n dan aspirasi serta prinsip Rukun Negara merupakan salah satu misi mencabar yang dihadapi generasi masa kini dan generasi masa depan rakyat Malaysia.

“Apakah tadbir urus yang baik? Ia adalah penggunaan kuasa sebagai satu amanah oleh pemimpin dalam interaksi mereka dengan rakyat untuk tujuan memastikan keadilan sosial dan mening- katkan martabat manusia,” katanya.

Beliau menambah, tadbir urus yang baik adalah penting untuk kesejahter­aan masyarakat dan dalam masyarakat pelbagai etnik, tadbir urus yang baik sangat menyumbang kepada kepaduan dan keharmonia­n sosial.

Manakala jika masyarakat merupakan sebuah Persekutua­n, katanya tadbir urus yang baik amat penting dalam mewujudkan imbangan yang adil di antara kerajaan pusat dan negeri.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Law (dua kiri) menyampaik­an pingat Larian Bomba sebagai tanda kenangan kepada Penasihat PJAKK Zulkifli Mazlan.
KUNJUNGAN: Law (dua kiri) menyampaik­an pingat Larian Bomba sebagai tanda kenangan kepada Penasihat PJAKK Zulkifli Mazlan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia