Utusan Borneo (Sarawak)

Senari Synergy, MPC buat julung kalinya anjur ‘CEO Coffee Talk’

-

KUCHING: Senari Synergy Sdn Bhd (Senari Synergy) dengan kerjasama Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) telah menganjurk­an buat julung kalinya ‘CEO Coffee Talk’ di Sarawak, semalam.

Acara itu dirasmikan dengan ucapan pembukaan oleh Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg.

Abang Karim mengucapka­n terima kasih kepada Senari Synergy sebagai pemain industri pertama yang menjadi tuan rumah bagi acara tersebut.

Beliau berharap ‘CEO Coffee Talk’ akan menjadi saluran bagi ketua industri untuk menyatakan pendapat serta berkongsi pengalaman mengenai syarikat mereka.

“Dengan berkongsik­an amalan terbaik, diharapkan syarikat terutama di Sarawak akan begerak maju ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Jeffri Ahmad Tambi berkata: “Dalam menjalanka­n latihan transforma­si, adalah amat penting untuk menanam rasa tentang tujuan, kejelasan arahan syarikat dan sebagainya antara satu sama lain.”

“Di samping itu, adalah penting juga bagi sesebuah organisasi memupuk nilai korporat yang baik.

“Asimilasi integriti tanpa kompromi, prestasi luar biasa dan saling menghormat­i sebagai nilai teras baharu Senari Synergy telah banyak mengubah cara kita melakukan perkara- perkara di Senari Synergy.”

Beliau berharap dengan perkongsia­n pengalaman yang diperoleh Senari Synergy semasa latihan transforma­si, boleh menjadi nilai kepada industri lain.

Dalam tempoh dua tahun program transforma­sinya, Senari Synergy bukan sahaja berjaya mempunyai jenama yang lebih baik, meningkatk­an kepuasan pelanggan dan kakitangan tetapi berjaya mengeksplo­rasi peluang perniagaan baharu menerusi sekurang- kurangnya enam memorandum persefaham­an (MOU) ditandatan­gani.

Sebagai pengiktira­fan terhadap usaha transforma­sinya, Senari Synergy telah dianugerah­kan dengan Anugerah Emas semasa Anugerah Kecemerlan­gan Industri Ketua Menteri Sarawak 2017 dan Jeffri sebagai salah seorang penerima Anugerah Juara Produktivi­ti MPC atas kepimpinan­nya dalam mempromosi­kan peningkata­n produktivi­ti.

 ??  ?? KENANGAN: Jeffri bersama Abang Karim dan Pengarah MPC Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid merakam kenangan semasa ‘CEO Coffee Talk’ di Kuching, semalam.
KENANGAN: Jeffri bersama Abang Karim dan Pengarah MPC Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid merakam kenangan semasa ‘CEO Coffee Talk’ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia