Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri Sarawak aktiviti kecergasan Ahad ini

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Zdance Kuching akan menganjurk­an program ‘Pink for Healthy Lifestyle (P4HL)’ pada Ahad ini, 25 Februari di pekarangan Pustaka Negeri di sini.

Program ini merupakan ilham Menteri Muda Undang- Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dengan tema ‘Stay Healthy, Be Safe’ yang diadakan buat pertama kalinya pada Mac 2016.

Ini merupakan kali ketiga program P4HL dianjurkan sebagai aktiviti tarian kecergasan yang menyeronok­kan bagi memupuk kesedaran dan menggalakk­an komuniti mengambil bahagian dalam sesi kecergasan dengan cara yang menyeronok­kan.

Selain daripada itu, program ini juga bertujuan menyediaka­n peluang kepada seluruh masyarakat dari pelbagai latar belakang berinterak­si dalam komuniti demi kebaikan.

Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Samariang juga berharap larian bagi program P4HL ini dapat mengatasi isu keselamata­n dan menyemai nilai keselamata­n dalam kalangan peminat kecergasan dan mereka yang kerap berjoging di pekarangan Pustaka Negeri Sarawak.

Kes serangan ke atas remaja perempuan yang sedang berjoging baru-baru ini harus dijadikan peringatan kepada komuniti secara keseluruha­nnya agar lebih berwaspada dengan aspek keselamata­n ketika menjalani rutin kecergasan.

Pada program itu nanti turut akan diadakan taklimat keselamata­n oleh Ketua Balai Polis Sentral Kuching ASP Ahmad Abang sebelum sesi kecergasan bermula.

Antara lain yang akan diketengah­kan peranan yang dapat dimainkan dalam usaha mencegah jenayah daripada berlaku pada masa akan datang.

Kelab Zdance Kuching mengadakan sesi percuma setiap Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad pada jam 5.30 petang di pekarangan Pustaka Negeri Sarawak.

Untuk maklumat lanjut dan berminat untuk menyertai sesi ini boleh hubungi Frida di talian 016-8585119 atau Ema di talian 013-8297774.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia