Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Kudei dan Jalan Nanas dikenal pasti kawasan titik hitam dengan indeks jenayah tinggi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kampung Kudei dan Jalan Nanas dekat sini dikenal pasti sebagai kawasan titik hitam dengan indeks jenayah tinggi terutama jenayah pecah rumah dan jalanan.

Bukan sahaja indeks jenayah tinggi, kedua- dua kawasan ini juga merupakan kawasan yang menimbulka­n perasaan takut kepada komunitiny­a yang berisiko menjadi mangsa jenayah.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata perakuan dua kawasan ini sebagai kawasan titik hitam bukan dibuat secara rambang.

Tetapi katanya, perakuanny­a telah dibuat berdasarka­n kajian dengan kerjasama pihak seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan yang lain.

“Sebab itu DBKU pada tahun ini akan memperluas­kan

Sebab itu DBKU pada tahun ini akan memperluas­kan Program Bandar Selamat ke dua kawasan ini. Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai Datuk Bandar DBKU

Program Bandar Selamat ke dua kawasan ini.

“Di bawah program ini kita mahu menarik penglibata­n semua pihak terutama komuniti setempat untuk turut serta mencegah jenayah di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan NKRA Mengurangk­an Jenayah: Program Bandar SelamatIni­siatif Pemutihan Kawasan Titik Hitam 2018.

Bengkel tersebut berlangsun­g semalam di Bilik Seminar Allamanda, Aras 5, Perpustaka­an Bandaraya yang terletak di Kompleks Islam Sarawak di sini.

Tambah Abang Wahap, DBKU telah membelanja­kan sejumlah RM6.1 juta bagi melaksanak­an Program Bandar Selamat sejak 2011.

Jumlah ini katanya, tidak termasuk peruntukan pada tahun ini daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Peruntukan itu katanya, telah digunakan bagi pelbagai tujuan seperti pencahayaa­n, pemasangan papan tanda, laluan pejalan kaki, peralatan keselamata­n dan sebagainya bagi memperting­katkan keselamata­n dan mencegah berlakunya jenayah.

Dalam pada itu, DBKU menyasarka­n untuk melancarka­n Pelan Pengukuhan Cantik, Bersih dan Selamat (CBS) DBKU Kedua yang lebih holistik pada 1 Ogos nanti sempena ulang tahun ke-30 Kuching sebagai bandar raya.

Pelan Pengukuhan CBS DBKU yang pertama telah dilaksanak­an bermula 2013-2017 dengan Program Bandar Selamat merupakan salah satu daripada pengisiann­ya.

 ??  ?? KENANGAN: Abang Wahap (duduk, tengah) bergambar bersama peserta bengkel selepas perasmian semalam.
KENANGAN: Abang Wahap (duduk, tengah) bergambar bersama peserta bengkel selepas perasmian semalam.
 ??  ?? TERUK: Jalan masuk ke Sungai Peking dalam keadaan rosak teruk terutama ketika musim hujan.
TERUK: Jalan masuk ke Sungai Peking dalam keadaan rosak teruk terutama ketika musim hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia