Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne Sarawak sambut TBC dengan tarian singa, ‘yee sang’

-

KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak ( Swinburne Sarawak) menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) dengan mengadakan persembaha­n tarian singa dan upacara ‘yee sang’ sebagai lambang sambutan kebersamaa­n untuk kesihatan dan kemakmuran yang baik, baru-baru ini

Kakitangan dan pelajar universiti terbabit beramairam­ai menyaksika­n persembaha­n menarik dan penuh warna-warni itu.

Pertunjuka­n itu berakhir dengan melakukan upacara menggaul ‘yee sang’ bersama ahli-ahli kumpulan ekseku- tif dan pengurusan kanan yang diketui Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor John Wilson dan Pengarah Pemasaran dan Pengambila­n Pelajar Jagdish Singh.

Menurut Wilson, Sarawak merupakan negeri yang mempunyai banyak adat dan kebudayaan berikutan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum sekali gus membuktika­n kelebihan serta kekuatan yang patut diraikan bersama.

“Ia adalah perayaan Tahun Baharu Cina yang pertama saya di sini dan saya berharap banyak lagi perayaan budaya di kampus ini, bagi memberi pendedahan kepada pelajar kita kepada dunia global yang kita hadapi,” kata Wilson dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Dianjurkan oleh Jabatan Pemasaran dan Pengambila­n Pelajar, acara itu telah ditetapkan untuk bertepatan dengan Minggu Orientasi untuk pelajar yang memulakan kursus ijazah mereka minggu depan.

Jagdish berkata, selain meraikan Tahun Baharu Cina untuk semua kakitangan dan pelajar, mereka mahu memberi pendedahan kepada pelajar antarabang­sa tentang budaya Malaysia di mana 20 peratus daripada pelajar universiti ini datang dari lebih 50 negara.

“Adalah amat bagus untuk melihat ramai pelajar antarabang­sa kelihatan ceria sepanjang persembaha­n 90 minit itu,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang Swinburne Sarawak, layari laman web universiti di www.swinburne.edu.my, laman Facebook di @swinburnes­arawak, instagram di @ swinburnes­arawak, laman twitter di @Swinburne_Swk atau saluran youtube di Swinburne Sarawak.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Wilson (empat kiri) dan Jagdish (lima kiri) bergambar kenangan dengan ahli kumpulan eksekutif dan pengurusan kanan Swinburne Sarawak di Kuching, baru-baru ini.
RAIKAN BERSAMA: Wilson (empat kiri) dan Jagdish (lima kiri) bergambar kenangan dengan ahli kumpulan eksekutif dan pengurusan kanan Swinburne Sarawak di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia