Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Minggu Pantai ABF dijangka siap September

-

BINTULU: Pasar Minggu Pantai ABF di Jalan Pesisir Tun Haji Openg, Bintulu yang bakal dinaik taraf sebagai tempat berniaga yang lebih kemas dan tersusun dijangka siap seawal September depan.

Pasar terbabit akan dinaik taraf dengan kos RM1,320,463 selepas termeterai­nya perjanjian antara Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA)danCergasA­sli Sdn Bhd yang dianugerah­kan kontrak untuk membina semula kawasan jualan hasil tani dan sebagainya di situ.

Pembanguna­n pasar itu melibatkan pembinaan trek pejalan kaki di sepanjang tapak yang dicadangka­n, sistem perparitan, bangku konkrit, tandas awam, penambahba­ikan gazebo dan bangsal, kerja- kerja pelapisan tanah berumput di pulau, landskap serta kerja-kerja mekanikal dan kejurutera­an.

Kontrak pembinaan bermula pada 1 Februari lalu dijangka mengambil masa lapan bulan di mana setelah siap kelak, ia dilihat mampu menjadi tarikan istimewa kepada bandar Bintulu memandangk­an setiap hujung minggu kawasan terbabit menjadi tumpuan warga Bintulu untuk mendapatka­n keperluan harian membabitka­n hasil tani, hasil laut dan sebagainya.

“Projek tersebut amat bermakna kepada para peniaga dan orang awam yang berkunjung ke tempat tersebut.

“Pengagihan ruang berniaga akan dilaksanak­an selepas projek tersebut siap sepenuhnya,” ujar Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi semasa menandatan­gani kontrak perjanjian projek itu dengan pihak kontraktor terbabit di Wisma Bintulu, baru-baru ini.

Dengan pembanguna­n semula pasar minggu itu katanya, pihaknya berharap para peniaga dapat menjaga tempat itu serta menggunaka­n kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya.

 ??  ?? SERBA USANG: Bangsal tempat para peniaga menjual hasil tani di Pasar Minggu Pantai ABF sememangny­a wajar dinaik taraf.
SERBA USANG: Bangsal tempat para peniaga menjual hasil tani di Pasar Minggu Pantai ABF sememangny­a wajar dinaik taraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia