Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai digalak menderma darah Sabtu ini

-

KUCHING: Persatuan Alumni Josipa 82 dengan kerjasama Bank Darah Hospital Umum Sarawak akan mengadakan kempen derma darah pada hari Sabtu ini di pusat beli- belah MYDIN Petra Jaya.

Program itu akan bermula jam 10 pagi hingga 4 petang dengan bertemakan ‘Donate blood help save a life’.

Orang ramai dijemput dan digalakkan tampil menderma darah sebagai tanggungja­wab sosial untuk menampung keperluan Bank Darah HUS.

Setiausaha Persatuan Norden Bolhassan berkata, kali ini pihaknya menyasarka­n sekurang- kurangnya 100 orang tampil menderma darah kelak.

Menurut beliau, ini merupakan salah satu program kemasyarak­atan Josipa sejak didaftarka­n tahun lepas.

“Beberapa program lain juga telah kami rancang pada tahun ini.

“Antaranya program motivasi pelajar di mana kami akan kembali ke SMK St Joseph Kuching untuk beramah mesra dengan lebih kurang 700 pelajar dan guru Muslim sekolah pada 2 Mac yang akan datang ini sempena Hari Rohani sekolah tersebut.

“Ini merupakan peluang dan usaha kami menyumbang ilmu, pengalaman dan motivasi supaya pelajar kita memahami kehidupan yang kian mencabar ini dengan kefahaman agama yang kukuh dan bagaimana hendak mengharung­i cabaran dengan menjadi seorang insan yang cemerlang,” ujarnya.

Menurut Norden, selain daripada program motivasi mereka juga akan sekali lagi berkunjung ke kawasan yang akan ditentukan kemudian untuk diziarahi pada Hari Raya Aidilfitri kelak.

 ??  ?? TERIMALAH: Penolong Pegawai Pemasaran Liansin Trading Sdn Bhd Alex Teng (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Norden (dua kiri) sambil disaksikan pengerusi program Hamzaini (kanan) dan tetamu lain.
TERIMALAH: Penolong Pegawai Pemasaran Liansin Trading Sdn Bhd Alex Teng (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Norden (dua kiri) sambil disaksikan pengerusi program Hamzaini (kanan) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia