Utusan Borneo (Sarawak)

Judi dalam talian, wanita antara lima diberkas

-

SIBU: Seorang wanita antara lima individu yang ditahan polis kerana dipercayai terlibat melakukan kesalahan di bawah Akta Judi Rumah Terbuka (ARJT) di sekitar bandar ini, petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, wanita berusia 40 tahun tersebut ditahan kerana dipercayai menjalanka­n aktiviti tambah nilai judi dalam talian di sebuah bangunan di Rejang Park pada jam 3.30 petang.

Katanya, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ( BSJD) Inspektor Hairul Hussin yang mengetuai serbuan tersebut telah merampas satu unit tablet, alat Wi-Fi mudah alih dan sejumlah wang tunai daripada wanita terbabit.

Katanya, empat lagi lelaki berusia antara 21 hingga 70 tahun dipercayai menjalanka­n aktiviti loteri awam tanpa lesen telah ditahan di lokasi berasingan.

“Pasukan BSJD juga merampas beberapa telefon bimbit dan peralatan yang digunakan untuk menjual loteri haram untuk dijadikan sebagai barang kes,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, lelaki warga emas yang dita- han di kafe di Jalan Bengkel sekitar jam 2.44 petang itu dibebaskan atas jaminan polis kerana faktor usianya yang telah lanjut, manakala yang lain dimasukkan ke dalam lokap untuk tindakan reman.

Jelas Stanley, empat lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4A (a) ARJT 1953, manakala wanita tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 4B (a) ARJT 1953.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia