Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Terbuka TLDM di Bintulu Ahad ini

-

BINTULU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengadakan Program Hari Terbuka sempena pelayaran sulung Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) ke Bintulu pada Ahad ini di Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong.

KLGS sebelum ini tiba di Pelabuhan Pending, Kuching kelmarin dalam program yang sama.

P r o g r a m t e r s e b u t b e r t u j u a n m e m b e r i pendedahan kepada orang ramai tentang budaya kerja tentera laut yang selari dengan perancanga­n TLDM untuk menubuhkan pangkalan baharu di Bintulu iaitu Markas Wilayah Laut 4.

Program tersebut juga memberi peluang kepada orang awam melihat sendiri aset TLDM, selain sebagai peluang untuk melaksanak­an Rakan Maritim (RAKAM) dan menyampaik­an taklimat mengenai aplikasi telefon pintar K3M.

Selain itu, program itu juga untuk mendekati komuniti maritim berkaitan kesedaran keselamata­n maritim serta berkongsi maklumat berkenaan isu- isu terkini maritim serta ingin menarik minat lebih ramai anak Sarawak menceburi kerjaya tentera laut.

KLGS adalah aset terbaharu TLDM yang mengambil nama ‘ Gagah Samudera’ daripada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera TLDM.

T e r d a h u l u a c a r a menyambut ketibaan KLGS akan bermula pada jam 9 pagi Sabtu di Pelabuhan Bintulu, diikuti penganjura­n Hari Terbuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang Ahad dan seterusnya Majlis ‘Request Pleasure of Company’ (RPC) bersama ketua-ketua jabatan di Bintulu pada jam 12 tengah hari Isnin di KLGS, Pelabuhan Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia