Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga memberitah­u bahawa mereka sukar dapatkan bekalan sayur daripada pembekal, modal juga lebih tinggi

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Cuaca yang tidak menentu kebelakang­an ini mendorong kepada kenaikan harga sayur di beberapa pasar basah utama di bandar raya ini.

Tinjauan Utusan Borneo di Pasar Komuniti Stutong, Medan Niaga Satok (MNS) dan Pasar Tani Sungai Maong semalam mendapati, ratarata peniaga yang ditemui memberitah­u bahawa mereka sukar untuk mendapatka­n bekalan sayur daripada pembekal.

Seorang peniaga sayursayur­an dari Pasar Komuniti Stutong, Joen Pesen berkata, kenaikan harga sayur tidak dapat dielakkan kerana peniaga sendiri membeli pada harga tinggi daripada pembekal.

“Harga daun sup yang paling ketara meningkat minggu ini, saya sendiri mengeluark­an modal antara RM18 hingga RM25 untuk sekilogram daun sup.

“Jadi macam mana saya nak jual dengan harga lebih murah kepada pelanggan, sebelum ini harga daun sup agak berpatutan tetapi minggu ini harganya naik kerana kekurangan bekalan,” katanya.

Menurut Joen, 46, harga sayur-sayuran lain juga tidak menentu kerana bergantung kepada bekalan dihantar kepada peniaga oleh pembekal.

“Saya tidak pasti sampai bila harga daun sup ini akan meningkat begini, tetapi apabila harganya sudah turun, sudah pasti saya akan menjualnya dengan harga yang lebih murah kepada pelanggan,” katanya yang sudah lebih 10 tahun berniaga di pasar terbabit.

Harga daun sup yang paling ketara meningkat minggu ini, saya sendiri mengeluark­an modal antara RM18 hingga sup. ” RM25 untuk sekilogram daun Joen Pesen Peniaga

Bagi peniaga hasil hutan di MNS, Hartaini Masri berkata, kekurangan bekalan sayursayur­an di pasaran berikutan cuaca tidak menentu menjadi punca kenaikan harga sayur ketika ini.

Antara sayur yang mengalami peningkata­n harga pada masa ini, katanya, adalah cili merah (besar) yang dulu dijual dengan harga RM12 sekilogram tetapi kini dijual dengan harga RM18 hingga RM20 manakala timun dulu dijual dengan harga RM4 sekilogram tetapi sekarang, harganya sudah RM6 sekilogram.

“Bagaimanap­un, bukan semua sayur mengalami peningkata­n harga, misalnya sayur sawi masih murah antara RM4 hingga RM6 sekilogram,” katanya.

Hartaini berkata, dia hanya menaikkan sedikit harga apabila terpaksa membeli sayur dengan harga lebih tinggi daripada pembekal agar ada sedikit untung.

Sementara itu, seorang peniaga sayur yang hanya mahu dikenali dengan nama Jacky, berkata, situasi (kekurangan bekalan sayur) sudah menjadi trend bagi peniaga terutama ketika cuaca tidak menentu seperti pada musim tengkujuh.

Namun katanya, ia membuatkan peniaga sukar untuk menjual sayur tersebut dengan harga yang rendah berikutan mereka turut membeli pada harga tinggi daripada pembekal.

“Kebiasaann­ya saya mendapatka­n bekalan sayur-sayuran seperti kacang panjang, cili merah, kubis, terung dan sebagainya daripada pembekal di kawasan Stutong.

“Kalau dulu saya beli dari pembekal untuk cangkuk manis harganya antara RM6 hingga RM8 tetapi sekarang RM10 hingga RM11 sekilogram, kacang panjang pula dari RM5 hingga RM7 sekilogram tetapi sekarang mencecah sehingga RM8,” katanya yang berniaga di Pasar Tani Sungai Maong, di sini.

Meskipun harga sayur sedikit naik, Jacky berkata, kebanyakan pelangggan­nya memahami situasi tersebut malah setakat ini, belum ada menerima sebarang rungutan memandangk­an peniaga sepertinya juga mendapatka­n bekaan sayur daripada pembekal dengan harga tinggi.

Bagi seorang pembeli, Mursallin Yusuf, dia turut terkesan dengan peningkata­n harga bahan- bahan basah termasuk sayur sejak sebelum sambutan Tahun Baharu Cina apatah lagi dia mempunyai kedai makanan.

“Apatah lagi, saya mempunyai perniagaan makanan sendiri di kawasan Demak, maka ia sedikit sebanyak mempengaru­hi kos untuk membeli bahan-bahan tersebut.

“Namun demikian, saya terpaksa akur kerana mahu memastikan menu sayur tetap menjadi pilihan utama untuk pelanggan di kedai makan saya,” katanya sambil percaya harga sayur akan turun dalam beberapa hari lagi.

 ??  ?? JUALAN: Hartaini sibuk menyusun sayur di MNS, Kuching, semalam.
JUALAN: Hartaini sibuk menyusun sayur di MNS, Kuching, semalam.
 ??  ?? SUSUN: Joen menyusun sayur yang dijual di Pasar Komuniti Stutong, Kuching, semalam.
SUSUN: Joen menyusun sayur yang dijual di Pasar Komuniti Stutong, Kuching, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MURSALLIN YUSUF
MURSALLIN YUSUF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia