Utusan Borneo (Sarawak)

AGM dan ‘reunion’ SHOSA pada 31 Mac di Sibu

-

SIBU: Ahli Persatuan Bekas Pelajar Sacred Heart (SHOSA) dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) alumni tersebut yang dianjurkan berserta Majlis Makan Malam Pertemuan Semula SHOSA pada 31 Mac depan di Hotel Kingwood di sini.

Menurut Setiausaha­nya Eddy Puah, AGM itu nanti akan membolehka­n SHOSA memilih ahli jawatankua­sa baharu memandangk­an ahlinya kini kian bertambah.

Katanya, AGM ini kelak dijangka memilih 23 ahli untuk mengisi jawatan presiden, tiga naib presiden, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari serta 15 ahli jawatankua­sa.

“Peraturann­ya cukup mudah. Setiap calon mesti mempunyai pencadang dan penyokong dan hanya mereka yang berdaftar dan hadir layak mengundi mereka,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Sementara itu, Presidenny­a Hii Chang Kee menegaskan bahawa beliau tidak mempertaha­nkan jawatannya kali ini walaupun dilantik semula kerana komitmen kerja di mana beliau kini bertugas sebagai Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan di Kuching.

“Komitmen kerja yang membuatkan saya bertugas jauh dari bandar ini tidak membolehka­n saya menyandang jawatan itu lagi,” katanya.

Justeru Hii menegaskan bahawa beliau tidak mahu menyandang jawatan presiden SHOSA seandainya dipilih atau dilantik semula.

“SHOSA berpusat di Sibu tetapi saya kini bertugas di tempat lain.

“Saya tidak boleh menjadi presiden SHOSA yang sering tidak hadir mesyuarat kerana komitmen lain, justeru lebih baik jawatan itu diserahkan kepada mereka yang berpusat di sini sahaja,” tegasnya.

Dalam acara berkaitan, Yong King Sung yang merupakan pengerusi penganjur bersama Majlis Pertemuan Semula SHOSASEOSA ( Persatuan Bekas Pelajar St Elizabeth) 2018 mengingatk­an ahli-ahli berkenaan untuk menempah meja dengan segera.

“Tahun ini meja adalah terhad di mana kita ada 90 meja kesemuanya.

“Dan setakat 19 Februari lalu, SHOSA mengesahka­n 55 meja telah dijual,” katanya.

Majlis itu akan diadakan di Tingkat 5, Hotel Kingwood mulai jam 6.30 petang dengan tema busaha kasual ‘ Blue Jeans & Tees’.

Seperti biasa, ahli SHOSA digesa datang dalam warna kumpulan mereka dengan nombor mereka sendiri dicetak pada baju itu.

“Kelas 85 menggunaka­n warna merah sebagai warna kumpulan mereka manakala Kelas 86 mengambil hitam dan Kelas 88 memilih putih,” ujar Yong.

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, terdapat peningkata­n ketara dalam jumlah bekas pelajar yang menghadiri pertemuan semula yang diadakan secara tahunan dan mereka yang meninggalk­an sekolah pada tahun 90-an mulai menonjol, kata Yong.

 ??  ?? DISANTUNI: Kueh (sembilan kiri) bersama ahli Kelab Lions dan kakitangan Eastwood bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Jagaan Jee Foh 7.
DISANTUNI: Kueh (sembilan kiri) bersama ahli Kelab Lions dan kakitangan Eastwood bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Jagaan Jee Foh 7.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Hii (duduk, dua kanan), Yong (duduk, dua kiri), Puah (berdiri, tengah) serta yang lain ketika menghadiri makan malam bersama ahli-ahli SHOSA di Sibu, malam kelmarin.
SERTAI KAMI: Hii (duduk, dua kanan), Yong (duduk, dua kiri), Puah (berdiri, tengah) serta yang lain ketika menghadiri makan malam bersama ahli-ahli SHOSA di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia