Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW peruntuk RM1 juta bantu tingkat pendapatan usahawan wanita

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntu­kkan RM1 juta tahun ini kepada FELCRA Berhad bagi membantu usahawan Dinamis FELCRA (WADIRA) berbanding RM750,000 yang disalurkan tahun lepas.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah menyediaka­n RM4.3 juta setahun kepada FELCRA sejak ia dikorporat­kan pada 1977 dan daripada jumlah itu, RM300,000 diperuntuk­kan untuk aktiviti kursus, bantuan modal dan peralatan kepada anggota Wadira yang terdiri daripada isteri peserta dan kakitangan FELCRA.

“KKLW akan terus komited dalam membantu WADIRA bagi meningkatk­an pendapatan golongan wanita menerusi pelbagai program khas lain,” katanya pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Perdana Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di sini, semalam.

Ditanya mengenai tindakan Pakatan Harapan yang memfailkan saman terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata ia berpunca daripada anggota Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut.

“Nampak jelas anggota PPBM yang tidak puas hati, banyak laporan dibuat kepada ROS daripada anggota PPBM sendiri. Mereka tidak puas hati dengan kepimpinan mereka, ada yang tidak puas hati dari segi mesyuarat agung sebab saya percaya perlembaga­an parti bunga ini lebih kurang sama dengan UMNO.

“Saya difahamkan mereka (anggota PPBM) tidak puas hati kerana ketika mengadakan mesyuarat agung, yang menjadi perwakilan bukan daripada cawangan atau bahagian tetapi ada sahaja nama-nama lain, itu yang tidak puas hati dan minta ROS batalkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia