Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM cadang wujudkan indeks rasuah khas negara

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang untuk mewujudkan indeks rasuah khas yang lebih berkesan bagi menganalis­is prestasi dan situasi rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kertas kerja bagi cadangan tersebut akan dibentangk­an dalam mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah akan datang, sebelum ia dikemukaka­n kepada mesyuarat jemaah menteri.

Katanya, sekiranya cadangan itu diluluskan, kajian tersebut akan dilaksanak­an oleh badan bebas termasuk pakar akademik bagi memastikan ketelusan indeks berk- enaan.

“Sudah sampai masanya untuk kita adakan indeks sendiri yang lebih berkesan. Kita tidak mahu melihat dari sudut persepsi semata-mata tetapi juga dari sudut realiti.

“Beri SPRM sedikit masa, mungkin dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum dibawa kepada pihak atasan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah di sini semalam.

Dzulkifli berkata indeks khas berkenaan penting bagi meninjau dan mengkaji realiti jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di negara ini melalui kaca mata rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata SPRM telah menubuhkan jawatankua­sa khas hari ini ( semalam) bagi meneliti indeks persepsi rasuah antarabang­sa yang dikeluarka­n oleh Transparen­cy Internatio­nal.

Beliau berkata jawatankua­sa itu bertujuan mengkaji hasil indeks rasuah negara yang dikeluarka­n pihak berkenaan berikutan kedudukan terkini Malaysia dalam skor Indeks Persepsi Rasuah Antarabang­sa menurun dua mata daripada 49 kepada 47.

“Memandangk­an CPI (Indeks Persepsi Rasuah) yang ada sekarang ini merupakan persepsi atau kajian yang dibuat ekspatriat asing tentang kedudukan rasuah di Malaysia dan tidak menggambar­kan realiti sebenar yang berlaku. Namun, kita tidak menolak indeks terse- but dan kita akan membuat penelitian,” jelasnya.

Dzulkifli berkata kedudukan terbaharu itu tidak mencermink­an usaha agresif SPRM dalam memerangi rasuah sejak tahun lepas berbanding tahun- tahun sebelumnya.

“SPRM terkejut dengan dapatan yang dibuat oleh Transparen­cy Internatio­nal kerana ianya tidak selaras dengan realiti tindakan, penguatkua­saan, pencegahan dan pendidikan agresif yang kita laksanakan pada 2017,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim buat kali terakhir mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan berikutan tempoh perkhidmat­an beliau tamat secara rasmi hari ini (semalam). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INDEKS KHAS: Dzulkifli ketika sidang media khas di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia semalam.
— Gambar Bernama INDEKS KHAS: Dzulkifli ketika sidang media khas di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia