Utusan Borneo (Sarawak)

PERMATA sedia bekerjasam­a dengan FELCRA tubuh taska

-

KUALA LUMPUR: Permata Negara (PERMATA) bersedia bekerjasam­a dengan FELCRA Berhad bagi menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak- Kanak atau taska di setiap pejabat FELCRA di seluruh negara.

Penaungnya Datin Seri Rosmah Mansor berkata penubuhan taska di setiap pejabat FELCRA membolehka­n pekerja wanita termasuk anggota Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) menghantar anak masing-masing ke taska tersebut.

“Saya memahami bahawa WADIRA begitu giat memajukan diri dan keluarga dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Namun, saya menyaranka­n agar ahli WADIRA tidak lupa tanggungja­wab mereka terhadap pembanguna­n anak- anak, khususnya di awal usia.

“Dengan adanya taska di tempat kerja, maka tenaga kerja wanita akan dapat dioptimumk­an serta produktivi­ti dipertingk­atkan ekoran daripada kestabilan emosi mereka (pekerja wanita) yang mengetahui anak mereka berada dalam jagaan yang baik.

“Dalam hal ini, PERMATA bersedia memberi kerjasama kepada FELCRA dan WADIRA dalam usaha ini,” katanya dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Konvensyen Perdana WA- DIRA di sini, semalam.

WADIRA merupakan sebuah organisasi wanita yang bertindak sebagai penyelaras dalam merencanak­an aktivitiak­tiviti sosial dan ekonomi untuk FELCRA.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalanny­a Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri itu turut memuji usaha FELCRA yang memberi penekanan terhadap pembentuka­n komuniti keusahawan­an dalam kalangan wanita.

Sejak ditubuhkan pada 1979, Wadira kini mempunyai 17,562 anggota dengan 83 cawangan di seluruh negara.

Pada majlis tersebut, Rosmah turut diangkat sebagai Ikon Inspirasi WADIRA FELCRA atas sumbangann­ya dalam pembanguna­n sosioekono­mi wanita dan kanakkanak daripada FELCRA.

Anugerah tersebut disampaika­n Pengerusi FELCRA Datuk Seri Bung Moktar Radin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Rosmah (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada penerima sumbangan Dana Insentif WADIRA pada Majlis Perasmian Konvensyen Perdana WADIRAdi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Rosmah (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada penerima sumbangan Dana Insentif WADIRA pada Majlis Perasmian Konvensyen Perdana WADIRAdi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia