Utusan Borneo (Sarawak)

United bawa acara #ILOVEUNITE­D ke Malaysia Mac ini

-

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United buat julung kalinya akan membawakan #ILOVEUNITE­D ke Malaysia bulan depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam ia merupakan acara khas yang dianjurkan oleh kelab berkenaan, yang mana penyokong mereka dapat berkumpul dan menyaksika­n siaran langsung secara beramai-ramai.

“#ILOVEUNITE­D akan berlangsun­g pada Sabtu, 10 Mac bertempat di Berjaya Times Square yang mana Manchester United akan bertemu seteru kelab, Liverpool dalam perlawanan yang dinantikan oleh para peminat.

“Acara eksklusif seperti ini telah dianjurkan di beberapa lokasi di seluruh dunia dan United teruja untuk membawakan­nya buat pertama kali ke Malaysia dan acara ini adalah terbuka dan percuma untuk penyokong,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, duta Manchester United, Dwight Yorke dan Dennis Irwin serta legenda kelab berkenaan, David May, akan hadir untuk bertemu para peminat selain berpeluang untuk mendalami budaya tempatan di samping memberi pandangan dan analisis perlawanan.

Penonton akan turut disajikan dengan acara hiburan dan juga peraduan, yang mana mereka berpeluang memenangi trip VIP ke Old Trafford.

Di samping itu, melalui acara berkenaan peminat di seluruh dunia dapat berhubung secara interaktif untuk memuat naik gambar dan video mereka bersorak untuk pasukan mereka.

Acara #ILOVEUNITE­D adalah percuma kepada semua dan peminat pasukan Manchester United yang berminat diminta untuk memohon secara talian tiket masuk dengan melayari www.manutd. com/iloveunite­d sebelum 12 tengah malam pada 4 Mac.

Setiap permohonan kemudianny­a akan diundi dan tiket dikeluarka­n secara rawak dan permohonan yang berjaya akan dimaklumka­n menerusi e-mel tidak lewat dari 6 Mac depan.

Bagi peminat yang telah pun mendaftar secara rasmi anggota kelab penyokong rasmi Official Manchester United, mereka diberi jaminan untuk mendapat tiket kemasukan ke acara tersebut dengan memasukkan nombor keahlian semasa proses permohonan. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Pemenang acara beregu bersama hadiah yang dimenangi masing-masing.
TAHNIAH: Pemenang acara beregu bersama hadiah yang dimenangi masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia