Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan perlu kemenangan tarik kembali penyokong

-

KOTA BHARU: Perlawanan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu ini, penting bagi Kelantan untuk memperoleh kemenangan sulung bagi mengembali­kan kepercayaa­n penyokong terhadap pasukan itu.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berkata tiga mata itu amat diperlukan pasukannya untuk memberi saingan kepada pasukan lain, sekali gus dapat membantu mengeluark­an pasukan itu daripada kedudukan tercorot Liga Super.

“Semua pemain tidak boleh mengalah sebaliknya terus menggandak­an usaha untuk memperoleh kemenangan pada Sabtu ini, walaupun kami mengetahui pasukan Perak sekarang berada pada prestasi yang baik,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Selepas tiga perlawanan, Kelantan hanya memperoleh satu mata hasil seri 1-1 bertemu Terengganu di halaman sendiri, manakala dua aksi di tempat lawan menyaksika­n Kelantan tewas kepada Pahang dan Melaka United.

Khairul Fahmi berkata walaupun ketiadaan Ketua jurulatih Sathit Bensoh yang digugurkan minggu lalu, rakan pasukannya perlu mematuhi arahan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pemangku Ketua jurulatih Yusri Che Lah.

Khairul Fahmi berkata secara keseluruha­n, beliau melihat rakan sepasukann­ya mempunyai keinginan yang tinggi bagi memperoleh kemenangan sulung itu terutamany­a ketika beraksi di tempat sendiri.

“Kehadiran (pemain import dari Lubnan) Mohammed Ghaddar sudah pasti akan menambah kekuatan pasukan terutamany­a di bahagian jentera serangan untuk menjaringk­an gol,” katanya.

Bagaimanap­un rakan sepasukan harus berwaspada dengan pemain Perak kerana pasukan itu juga sudah pasti mahu memperoleh kemenangan bagi mengukuhka­n kedudukan mereka, katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Pemain perseorang­an lelaki kebangsaan Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengetuai kemaraan pemain negara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Swiss di Basel, Switzerlan­d pada Rabu (Khamis waktu Malaysia).

Iskandar yang mara daripada pusingan kelayakan, terpaksa bekerja keras se- belum mengatasi pemain bukan pilihan Finland, Heino Eetu, dengan 21-23, 21-14 dan 21-10 dalam pusingan pembukaan kejohanan yang diadakan di St Jakobshall­e Arena, menurut laman web Persekutua­n Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadmint­on.com.

Iskandar dijangka bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen dalam pusingan kedua, pada Khamis selepas bekas pemain nombor empat dunia itu mengejutka­n pemain pilihan kelapan negara, Lee Zii Jia, 21-15 dan 21-14 dalam satu lagi pertemuan pusingan pertama.

Soong Joo Ven juga berjaya ke pusingan kedua setelah menewaskan Adulrach Namkul dari Thailand; 24-22 dan 21-19.

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yil turut melangkah ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan 16-21, 21-19 dan 21-7 dalam perlawanan menentang pasangan Titon Gustaman-Stilian Makarski (Indonesia/Bulgaria).

Bagaimanap­un rakan sepasukan mereka, Shia Chun Kang-Tan Wee Gieen, tersingkir daripada kejohanan itu selepas kalah 9-21 dan 19-21 kepada pilihan teratas, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark.

Harapan negara dalam beregu campuran luntur selepas dua pasangan - Hoo Pang Ron-Peck Yen Wei dan Chen Tang Jie-Cheah Yee See ditewaskan lawan masing-masing dalam pusingan pembukaan pada Selasa.

Malaysia tidak menghantar sebarang wakil perseorang­an dan beregu wanita dalam kejohanan merebut AS$ 150,000 ( RM586,313) itu. — Bernama

 ??  ?? ISKANDAR
ISKANDAR
 ??  ?? ZAMRI
ZAMRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia