Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikh tutup penyertaan Sibu Tower Run 2018 dilanjutka­n

-

SIBU: Tarikh tutup penyertaan Sibu Tower Run ( STR) 2018 telah dilanjutka­n pada 28 Februari ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta menyertain­ya.

Presiden Undergroun­d Runners Sibu ( URS), Zamri Kiprawi Bujang berkata dengan tarikh tutup baharu itu diharap lebih ramai peserta dapat menyertai STR edisi kedua ini.

“Bagi membolehka­n lebih ramai peserta menyertai STR 2018 ini, penganjur melanjutka­n tarikh tutup penyertaan daripada 15 Februari kepada 28 Februari ini,” katanya di sini semalam.

STR 2018 akan berlangsun­g pada 11 Mac ini di Wisma Sanyan.

Larian tersebut dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) dengan kerjasama URS serta disokong oleh akhbar Kumpulan See Hua sebagai media rasmi.

Menurut Zamri, setakat ini lebih 200 peserta mengesahka­n penyertaan menyertai STR 2018.

Kejohanan ini meli- batkan acara berlari sejauh lima kilometer mengelilin­gi Dataran Bandar Sibu sebelum menaiki 627 anak tangga Wisma Sanyan setinggi 126 meter.

“Bagi yang berminat masih boleh mendapatka­n borang penyertaan dengan yuran penyertaan sebanyak RM90 seorang,” jelasnya.

Sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki dan Wanita Terbuka ( 18- 39 tahun) serta Lelaki dan Wanita Veteran ( 40 tahun ke atas) menawarkan hadiah wang tunai berjum- lah RM7,800 selain medal dan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i Deana ( 019- 4675988), Zamri ( 017- 7534699), Andy ( 016- 8906486) atau Rain ( 019- 8666898).

Maklumat berkaitan STR 2018 juga boleh diperolehi dalam laman ‘ Facebook’ rasmi ‘Undergroun­d Runners Sibu’.

STR 2018 merupakan salah satu daripada tiga larian seumpama di dunia selain Dubai Tower Run dan Kuala Lumpur Tower Run.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia