Utusan Borneo (Sarawak)

Nik Akif Syahiran sedia ambil alih tugas Gomis

-

KOTA BHARU: Pemain muda Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat bersedia mengisi kekosongan posisi tengah ditinggalk­an pemain import dari Perancis, Margaro Lima Gomis yang digugurkan daripada pasukan tersebut.

Nik Akif Syahiran, 19, bertekad untuk tidak menghampak­an kepercayaa­n pemangku Ketua jurulatih Yusri Che Lah dengan mempamerka­n aksi sebaik mungkin bagi membantu pasukan mencatat kemenangan.

“Saya berharap jurulatih dapat memberi lebih peluang kepada saya untuk beraksi sebagai pemain kesebelasa­n utama bagi membantu pasukan menghadapi cabaran pasukan lain.

“Perlawanan menentang Terengganu pada awal bulan ini, saya diturunkan dalam kesebelasa­n utama, walaupun perasaan ketika itu amat gugup. Jika beraksi lebih banyak saya mampu untuk mengatasi masalah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 13 Feb lepas, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terpaksa menggugurk­an Gomis selepas pemain import berkenaan mengalami kecederaan paha dan mengambil masa panjang untuk pulih.

Nik Akif Syahiran bertekad akan mempamerka­n aksi terbaik untuk dipilih bermain di posisi tersebut memandangk­an terdapat beberapa rakan pasukannya juga mempunyai kebolehan beraksi di posisi berkenaan.

“Rakan sepasukan Mohd Fadhillah Mohd Fuzi, S Veenod dan Ahmad Sukri Ab Hamid juga mempunyai kemampuan untuk bermain di posisi itu dan sudah tentu mereka juga akan bekerja keras,” katanya.

Beliau turut mengakui berdepan tekanan apabila penyokong meletakkan harapan tinggi kepada beliau untuk beraksi di posisi tengah selepas mempamerka­n aksi bermutu ketika bertemu Terengganu, sebelum ini.

“Sebagai pemain, tekanan perkara biasa, namun sokongan dan tunjuk ajar daripada rakan sepasukan penting bagi meredakan tekanan itu,” katanya yang merupakan pemain pasukan Piala Presiden Kelantan musim lalu. — Bernama PETALING JAYA: Bakal mencipta sejarah sebagai pelumba sulung dari Asia Tenggara yang beraksi dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah tetap mahu berpijak di bumi nyata dan tidak dibuai mimpi dalam kerjayanya sebagai pelumba MotoGP.

Pelumba berusia 23 tahun yang sah membuat penampilan sulung dalam kelas perdana itu bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 pada musim ini, berjanji untuk meneruskan perwatakan positifnya, walaupun sudah boleh dianggap sebagai ‘ superstar’ selepas ini.

“Saya nak pijak di bumi yang nyata... tak nak jadi macam superstar. Saya akan jadi Hafizh yang sama, tak biasa nak ubah diri, saya memang jenis yang suka bergurau dan berseronok­seronok supaya tidak berasa tertekan ketika perlumbaan.

Saya hanya seorang yang baharu mula belajar dalam MotoGP, tetapi saya akan cuba yang terbaik dalam saingan musim ini,” katanya kepada pemberita di sini

Saya nak pijak di bumi yang nyata...tak nak jadi macam superstar. Saya akan jadi Hafizh yang sama, tak biasa nak ubah diri, saya memang jenis yang suka bergurau dan berseronok-seronok seronok supaya tidak berasa tertekan ketika perlumbaan. Hafizh Syahrin Abdullah Pelumba Monster Yamaha Tech3

kelmarin.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, mengesahka­n bahawa pelumba yang menerima jolokan ‘ Pescao 55’ itu telah ditawarkan kontrak selama setahun oleh Monster Yamaha Tech3, selepas menunjukka­n prestasi baik pada sesi ujian pramusim di Litar Chang, Buriram, Thailand pada hujung minggu lepas.

Bagi perlumbaan sulung musim ini di Litar Antarabang­sa Losail, Qatar pada 18 Mac ini, pelumba berasal dari Selangor itu tidak mahu meletakkan harapan tinggi, tetapi hanya berharap untuk berada dalam kalangan 20 pelumba terbaik.

“Untuk perlumbaan pertama, saya hanya menyasarka­n untuk berada dalam kedudukan 20 teratas kerana belum biasa dengan jentera... pelumba lain telah melakukan ujian selama tiga kali, iaitu lebih kurang sembilan hari bersama jentera tapi api saya hanya sempat melakukan elakukan ujian sekali.

Saya perlu lu mendapatka­n keserasian dengan ngan jentera saya dahulu pada ada ujian terarakhir pada da 1 Mac dan n perlumb a a n ( keduaduany­a) di Qat a r . . . s e l e p a s itu, saya a k a n cuba untuk mendaapatk­an mata. ata. Untuk meraih eraih mata dalam saingan ngan MotoGP ini memang susah,” katanya.

Hafizh yang melibatkan diri dalam am perlumbaan seawal umur mur sembilan tahun dan beraksi di saingan Moto2 selama ama empat musim sejak 2014 bersama pasukan Petronas Raceline, turut berkongsi pengalaman menunggang jentera MotoGP buat kali pertama. “Perasaan apabila menunggang jentera M o t o G P memang lain... r a s a macam naik jet apabila saya dapat menunggang sehingga kelajuan 327km sejam. Selain itu, jentera MotoGP juga tidak begitu susah macam Moto2, ada banyak bantuan elektronik. Saya perlu memperbaik­i pada beberapa bahagian seperti teknik brek dan men- gamb i l s e l e -

 ??  ?? HAFIZH
HAFIZH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia