Utusan Borneo (Sarawak)

Muguruza tempah tiket ke peringkat suku akhir pada jam 2 pagi waktu tempatan

-

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Juara bertahan yang juga pilihan pertama kejohanan, Elina Svitolina, dipaksa bertarung selama lebih dari dua jam sebelum melangkah ke peringkat suku akhir sementara pilihan kedua, Garbine Muguruza, menamatkan permainan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.

Perlawanan bermula agak lewat pada kejohanan di sini dengan permainan yang panjang dan perlahan menyebabka­n ia berlarutan sehingga tengah malam.

Svitolina mengambil masa dua jam dan 15 minit untuk menewaskan pemain dari China, Wang Qiang 6-1, 5-7 dan 6-2.

Muguruza, naib juara di Qatar minggu lepas, terpaksa menunggu tiga jam selepas perlawanan di mana Daria Basatkina mengejutka­n pilihan ketujuh dari British, Johanna Konta 4-6, 7-6(8/6) dan 6-2 sebelum beraksi pada awal pagi waktu tempatan.

Muguruza bagaimanap­un tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pemain dari Amerika Syarikat (AS), CiCi Bellis 6-3 dan 7-5, satu perlawanan yang mengambil masa satu jam dan 15 minit dan selesai beberapa minit sebelum jam 2 pagi.

Svitolina menyelamat­kan sembilan dari 11 mata pen- dahuluan menentang Wang, pemain ranking ke-46 dunia, yang beraksi di sini selepas penarikan diri Petra Kvitova, juara di Qatar.

“Saya agak marah dengan diri saya sendiri kerana tidak beraksi lebih baik pada akhir set kedua. Saya terpaksa bangkit semula,” kata Svitolina.

“Tetapi saya berasa sangat gembira dengan cara saya bermain. Pada akhirnya, kemenangan tetap kemenangan.”

Konta, pemain wanita British pertama yang menang satu perlawanan di Dubai, gagal melepasi Kasatkina, pemain dari Rusia.

“Saya hanya boleh mengenang kembali perlawanan ini dan mengambil perkara yang baik. Saya ada melakukan beberapa perkara yang baik dan saya boleh belajar dari perlawanan ini,” kata Konta. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KERAH TENAGA: Svitolina melangkah ke peringkat suku akhir selepas berhempas pulas menewaskan Wang Qiang di Dubai, UAE malam kelmarin. Gambar sisipan Muguruza.
— Gambar AFP KERAH TENAGA: Svitolina melangkah ke peringkat suku akhir selepas berhempas pulas menewaskan Wang Qiang di Dubai, UAE malam kelmarin. Gambar sisipan Muguruza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia