Utusan Borneo (Sarawak)

Vazquez, Casemiro, Ramos ubah nasib Real di Leganes

-

MADRID, Sepanyol: Cristiano Ronaldo direhatkan ketika Real Madrid bangkit dari ketinggala­n sebelum menang 3-1 di Leganes Rabu lepas, sekali gus melonjak kembali ke tangga ketiga tiga La Liga Sepanyol.

Unai Bustinza a mengejutka­n Real dengan m e m b u k a jaringan pada perlawanan di Butarque, m e m b a n g - kitkan peluang g untuk satu lagi agi kemenangan hebat beberapa minggu selepas menyingkir­kan Real dari kejohanan Copa del Rey.

Bagaimanap­un, Real mengubah nasib mereka sebelum rehat apabila Lucas Vazquez mengikat kedudukan sebelum Casemiro meletakkan Real di hadapan buat kali pertama.

Sergio Ramos melengkapk­an jaringan dengan satu tendangan penalti lewat dan Real kini mengumpul 16 mata dari kemungkina­n 18 dalam La Liga.

“Ia satu lagi kemenangan, yang keempat berturuttu­rut dan ia penting untuk mendapatka­n mata penuh,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

“Kami berasa gembira, kami berada di tangga ketiga dan ia satu keputusan yang penting untuk kami. Kami mahu meneruskan­nya, kami mempun mempunyai beberapa temp tempoh yang sukar dan kami mahu m e n g a m b i l s sepenuh peluang dari rentak yang baik ini.

“Kami bera rasa yakin, kami leb lebih percaya dan setiap pemain diberik diberikan lebih banyak masa bermain.”

Real bagaimanap­un masih ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu liga yang juga musuh tradisi mereka, Barcelona tetapi mereka memintas Valencia ke tangga ketiga dan kurang tujuh mata di belakang Atletico Madrid.

Dengan banyak perlawanan menanti, Zidane merehatkan Ronaldo untuk perlawanan menentang Leganes, yang ditangguhk­an dari jadual asal pada bulan Disember kerana penglibata­n Real dalam Piala Kelab Dunia.

Dengan Toni Kroos, Luka Modric dan Marcelo mengalami kecederaan dan bergelut dengan masa untuk kembali cergas untuk perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain (PSG) dalam dua minggu lagi, ia adalah peluang untuk beberapa pemain simpanan untuk menyerlah.

Theo Hernandez dan Isco adalah antara yang bermula dalam kesebelasa­n utama tetapi Gareth Bale kembali di bangku simpanan ketika beliau masih bergelut mengembali­kan prestasi terbaik.

Kiko Casilla diturunkan di pintu gol dengan Keylor Navas direhatkan tetapi Casilla mengutip bola dari dalam pintu golnya seawal minit keenam apabila Bustinza merembat bola muntah selepas cubaan pertamanya dihadang untuk membolehka­n Leganes membuka jaringan.

Real bagaimanap­un mengikat kedudukan lima minit kemudian apabila umpanan Casemiro disempurna­kan oleh Vazquez sebelum Casemiro meletakkan Real di hadapan buat kali pertama beberapa saat sebelum rehat.

Real bagaimanap­un menjaringk­an gol ketiga pada minit akhir dari satu tendangan penalti selepas Mateo Kovavic dikasari dalam kotak penalti. — AFP LONDON, England: Kerjasama Honda dengan pasukan Formula Satu (F1) Toro Rosso, bermula dengan positif Rabu lepas setelah uji pandu sulung kereta baharu mereka di Itali.

“Hari tanpa masalah! Ini bukan gurauan,” ulas pemandu Honda dari Perancis, Pierre Gasly menerusi laman sosial Twitter.

Seorang lagi pemandu yang berasal dari New Zealand, Brendon Hartley, memandu kereta TR13 di litar basah Misano dan kemudian menulis dalam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia