Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Kerjasama Honda, Toro Rosso bermula positif

-

laman Instagram beliau “kereta bergerak dengan sangat lancar.”

Honda memulakan semula kerjasama dengan pasukan yang dimiliki Red Bull musim ini selepas tiga tahun gagal bersama pasukan bekas juara dunia, McLaren, menyebabka­n reputasi pengeluar enjin dari Jepun itu tercemar.

Dokumentar­i di sebalik tabir ‘ Pemandu Grand Prix’, dikeluarka­n Amazon baru- baru ini memberikan tumpuan kepada ketegangan di antara McLaren dan Honda yang akhirnya menyebabka­n perhubunga­n mereka terjejas.

Ia juga mendedahka­n bagaimana masalah telah bermula sebelum pelancaran kereta dan ia didedahkan sepenuhnya semasa sesi ujian di Barcelona apabila kereta gagal bergerak selepas masalah enjin.

McLaren, yang menamatkan musim di tangga kesembilan dari 10 pasukan pada tahun lepas, kini menggunaka­n enjin Renault dan berharap untuk lebih kompetetif pada musim baharu ini.

Bagaimana prestasi Toro Rosso, dan McLaren musim ini akan menjadi perhatian pada musim dengan 21 perlumbaan yang akan bermula pada 25 Mac di Australia di mana pasukan Mercedes dan Ferrari sekali lagi bersaing untuk kejuaraan dunia.

Toro Rosso, pasukan berpejabat di Itali, salah sebuah pasukan kecil dalam F1 menerima kritikan dan ramalan buruk tentang prospek mereka dengan baik.

Mereka meletakkan soalan sinis dalam satu sesi soal jawab pada masa enjin pertama dihidupkan dengan soalan termasuk: “Adakah ia memerlukan enam kali untuk dihidupkan?”, “Adakah enjin meletup?” dan “Adakah kilang anda terbakar selepas enjin dihidupkan?”.

Jawapan yang diberikan adalah “Tidak, enjin hidup pada kali pertama”, “Agak sebaliknya, ia hidup seperti dirancang” dan “kilang kami OK, terima kasih atas keperihati­nan anda”.

‘ Soalan’ terakhir adalah “Semoga berjaya, anda akan memerlukan­nya.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia