Utusan Borneo (Sarawak)

Saingan ke suku akhir Liga Juara Juara masih terbuka selepas United ikat skuad bimbingan Montella di Sevilla Rabu lepas

-

SEVILLE, Sepanyol: David de Gea menarik perhatian lebih banyak berbanding Paul Pogba apabila beraksi tangkas ketika Manchester United mengikat Sevilla tanpa jaringan pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di sini Rabu lepas.

De Gea menepis dua c u - baan b a - haya d a r i S t e - v e n

Satu-satu masa paling mendebarka­n ialah pada akhir separuh masa pertama apabila beberapa kesilapan menyebabka­n kami dalam bahaya tetapi De Gea bertindak tangkas. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

N’Zonzi dan Luis Muriel pada akhir separuh p masa pertama ertama perlawanan an di Stadium Ramon Sanchez chez Pizjuan, sekali ekali gus menafikan fikan Sevilla gol untuk dibawa ke perlawaerl­awanan kedua di Old Trafford bulan an hadapan. S e - villa k e - lihatan mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjaringk­an gol dengan United kelihatan hambar di mana penyerang baharunya, Alexis Sanchez, Romelu Lukaku dan Juan Mata agak hambar di pintu gol lawan. Lukaku ada menjaringk­an gol pada lewat permainan tetapi tidak dibenarkan namun United kelihatan bermain dengan berhati- hati dan sekali lagi menunjukka­n corak permainan pengurusny­a, Jose Mourinho beberapa tahun y yang g lalu. Ketump Ketumpulan di jentera serangan dan jug juga kelihatan tid tidak berminat m melakukan serang serangan untuk mendap mendapatka­n gol penting di tempat lawan, menyebabm kan sain saingan masih terbuka menjelang perlawanan kedua nanti. U n i t e d membur memburu kemaraan ke peringkat suku akhir yang pertama mereka dalam pertanding­an ini sejak 2014.

“Satu- satu masa paling mendebarka­n ialah pada akhir separuh masa pertama apabila beberapa kesilapan menyebabka­n kami dalam bahaya tetapi De Gea bertindak tangkas,” kata Mourinho.

United hanya mempunyai satu cubaan tepat ke pintu gol berbanding lapan dari Sevilla tetapi Mourinho menambah: “Selain dari itu, permainan kelihatan seimbang tetapi statistik lebih mendapat perhatian.

“Saya benar-benar merasakan keputusan menunjukka­n apa yang berlaku dalam pa- dang – anda bertanya jika ia keputusan yang baik dan saya berkata tidak begitu bagus dan tidak begitu teruk.”

Mourinho membuat keputusan meletakkan Pogba di bangku simpanan walaupun pemain tengah itu sudah kembali ke dalam skuad ekoran tidak sihat yang menyebabka­n beliau tidak beraksi pada perlawanan Piala FA Inggeris di Huddersfie­ld Town.

Menambah lagi spekulasi perhubunga­n dingin di antara Mourinho dan Pogba, Mourinho sebaliknya memilih pemain tengah berusia 21 tahun, Scott McTominay berbanding Pogba dalam tiga posisi di bahagian tengah.

Bagaimanap­un, kecederaan kepada Ander Herrera bermakna Pogba akhirnya diturunkan seawal minit ke17 ketika Sevilla menguasai permainan.

Sevilla, yang mengintai peluang melepasi pusingan kedua kejohanan ini selepas gagal dalam tiga edisi sebelum ini, hampir menjaringk­an gol tetapi De Gea beraksi tang- kas menepis cubaan Muriel sebelum Jesus Navas melihat rembatanny­a sedikit tersasar dari umpanan Ever Banega.

Satu lagi peluang terbaik Sevilla dinafikan De Gea, yang menepis cubaan N’Zonzi dan kemudian bola muntah rembatan Muriel.

United jelas tidak mahu mengelak pintu gol mereka dibolosi selepas mengelak ia dibolosi sebanyak lapan kali dari 10 perlawanan terakhir sebelum ke sini.

Dan mereka kelihatan mengekalka­n permainan bertahan sehingga ke wisel penamat.

Lukaku ada menjaringk­an gol pada minit akhir tetapi pengadil perlawanan tidak mengesahka­n jaringan kerana Lukaku mengawal bola dengan tangan sebelum merembat ke pintu gol.

“Saya sangat gembira dengan karektor yang ditunjukka­n oleh pasukan,” kata jurulatih Sevilla, Vincenzo Montella. “Kami boleh berasa gembira. Keputusan ini masih terbuka untuk keduadua pasukan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERIKAT TANPA JARINGAN: Pemain Sevilla, Luis Muriel (kanan) melakukan terjahan dari belakang sebelum menjatuhka­n Sanchez (tengah) ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Sevilla pada Rabu lepas.
— Gambar AFP TERIKAT TANPA JARINGAN: Pemain Sevilla, Luis Muriel (kanan) melakukan terjahan dari belakang sebelum menjatuhka­n Sanchez (tengah) ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Sevilla pada Rabu lepas.
 ??  ?? DE GEA
DE GEA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia